Semasa Viral

8 Fakta Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Dr. Zakir Naik

Perkongsian

Kecoh dilaman sosial sekarang ini mengenai Dr. Zakir Naik yang tidak dibenarkan mengadakan forum di UTeM. Rata-rata netien meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka apabila forum tokoh agama seperti Dr. Zakir Naik dibatalkan. Atas alasan apa forum beliau dibatalkan?

Laman portal Astro Awani melaporkan, sebahagian rakyat Malaysia amat ternanti-nantikan kedatangan Dr. Zakir Naik ke Malaysia tapi belum pun sempat berjumpa, forum bersama beliau telahpun dilarang. Namun, dalam pada yangs sama, ada sebahagian masyrakat yang bimbang kerana kepetahannya dalam berdebat dilihat seperti boleh mencetuskan perbalahan dan ketegangan agama.

Memandangkan isu Dr. Zakir Naik sedang hangat diperkatakan, ada 8 fakta yang perlu kita semua tahu tentang beliau. Berikut adalah senarai 8 fakta ringkas tentang beliau.

1. Dr Zakir Adbul Karim merupakan seorang ulama, penceramah dan pendakwah dari India yang sering menyampaikan ceramah mengenai Islam dan perbandingan agama diseluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai.

2. Dr Zakir merupakan seorang doktor perubatan yang memperoleh ijazah Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Mumbai. Pada tahun 1991, beliau mula bekerja sebagai dalam bidang dakwah dan mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF)

3. Dr Zakir merupakan seorang yang popular dalam membuat penilaian kritis dan memberi jawapan strategik kepada soalan-soalan yang mencabar yang diajukan penonton selepas ceramahnya.

4. Menerusi ceramahnya, beliau menjelaskan sudut pandangan serta membetulkan pandangan salah terhadap ajaran Islam. Beliau mengeluarkan hujan dan pandangan dengan menggunakan al-Quran, hadis dan input relatif daripada kitab-kitab agama lain sebagai tambahan, bersama fakta saintifik.

5. Menerusi laman blog The Islamic Reseacrh Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,ooo sesi ceramah diseluruh dunia.

Antara negara yang pernah diberi ceramah ialah Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Perancis, Arab Saudi, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Botswana, Nigeria, Ghana, Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Hong Kong, China, Mauritius, Sri Lanka dan Maldives.

6. Pada bulan Mac 2012, sesi ceramah beliau di Kishanganj, Bihar, dihadiri lebih daripada sejuta orang, dan menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama yang hanya dikendalikan oleh seorang penceramah.

7. Pada tahun 2012, Dr Zakir pernah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau berlangsung di Johor Bahru, Universiti Teknologi MARA, Kuantan dan Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

8. Dr Zakir pernah menerima pelbagai anugerah dari pemimpin-pemimpin di seluruh dunia. Pada tahun 2013, Yang di-Pertuan Agong, Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada Dr Zakir dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M di Putrajaya.

Demikianlah fakta yang boleh kita tahu serba sedikit mengenai Dr Zakir Naik dan pastinya kita dapat tahu beliau bukanlah calang-calang penceramah agama.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply