Inspirasi

Faktor Duit Selalu Tidak Cukup

Perkongsian

Wang memang tidak boleh menjamin kebahagiaan namun dengan wang itulah yang boleh beri bahagia pada kita. Kadang-kadang, ada satu saat kita pernah kehabisan wang terus. Hinggakan runsing memikirkan dimana lagi kita perlu mencari duit untuk bayar itu ini. Kalau tersilap langkah, kita akan dibebani dengan hutang yang keliling pinggang apabila dah buntu nak cari wang sendiri.

Laman portal mingguan wanita menyatakan, ada banyak aspek dan faktor lain yang menyebabkan duit kita selalu tidak cukup. Kata orang, kalau rezeki itu berkat dapat sedikit pun dah cukup, tapi kalau rezeki itu tidak berkat, duit banyak masih juga tidak lekat.

Jom muhasabah diri kita sama-sama. Semak faktor kat bawah ni yang mungkin menjadi faktor duit kita selalu tidak cukup.

1. Berkira Dengan Orang Tua

Tengok cara hidup kita. Kita bekerja siang dan malam. Tapi adakah kita cukup berbakti pada orang tua kita? Kalau terasa kita kurang berbakti pada mereka, itulah antara penyebab Allah sempitkan rezeki kita. Sebab itu kita selalu kekurangan wang. Tidak perlu berkira untuk berbagi rezeki dengan mereka kerana mereka adalah orang tua yang pernah bersusah payah membesarkan kita. Dengan cara berbakti pada orang tua juga, tidak mustahil Allah akan menggantikan kita dengan rezeki yang melimpah ruah. Berkat dari orang tua juga lah.

2. Buta Ekonomi

Apa itu buta ekonomi? Buta ekonomi ni dimana kita terlalu boros apabila dapat wang yang banyak ditangan. Dapat gaji contohnya. Lebih teruk lagi apabila kita tiada langsung wang simpanan. Dan jika ada pun, kita akan terpaksa gunakannya apabila pertengahan bulan setelah kita habiskan duit gaji. Kita perlu didik diri kita untuk menjadi bijak dalam menguruskan hal ekonomi kita.

3. Banyak Merungut

Sikap merungut sangat lah tidak elok dalam menerima rezeki. Kita akan rasa tidak cukup wang ditangan apabila kita bersikap merungut, mengeluh dan tidak bersyukur. Kalau nak dikira duit untuk sepanjang hidup kita, pastinya akan senantiasa tidak cukup. Jadi, buanglah sikap mengeluh dan merungut yang menampakkan diri kita seolah-olah tidak bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi dan teruskan berusaha.

4. Sikap Suka Pilih Kerja

Sikap suka memilih kerja terjadi pada mereka yang masih tidak kerja namun ego untuk memilih kerja. Ini merupakan sikap dan masalah yang datang dari diri sendiri. Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita boleh melakukan apa apa kerja yang halal walaupun ia tidak menepati standard kita yang belajar tinggi di menara gading.

Kalau ada diantara faktor diatas pernah anda lakukan, jom kita sama-sama muhasabah diri kita. Buangkan sikap negatif dan tanamkan sikap positif dalam diri kita demi mencari rezeki. Insya Allah, Allah pasti akan bantu.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply