Inspirasi

Cara Mudah Nak Buat Kucing Datang Bila Namanya Di Panggil

Perkongsian

906945_370892279691576_1349359897_o

Siapa dekat sini ada anak kucing yang baru sahaja di lahirkan? Apa nak kasi nama dekat baby kucing anda itu? Oyen, Uteh atau belang atau panggil sahaja baby?

Tahukah anda bahawa kucing ini sama wataknya seperti anak kecil yang lain. Sampai satu masa, mereka akan tahu siapa nama mereka sesuai dengan nama yang di letakkan oleh tuan mereka sendiri.

Tetapi tidak semua orang boleh latih kucing mereka apabila di panggil nama maka mereka akan datang kepada tuannya. Cuba tanya ramai lagi pemilik kucing di luar sana. Ada sesetengah kucing, kita panggil nama dia sekuat mana sekalipun, dia pura-pura pekak dan tidak memberi respond kepada tuannya itu.

Namun ada sesetengah kucing, apabila di sapa namanya, dia terus mengiyau tanda menjawab sapaan itu. Yang lagi best, mereka akan datang dengan segera apabila nama mereka di panggil. Bagi anda yang ada masalah ini, ini antara tips untuk buat anak kucing anda mesra apabila di panggil namanya.

Tips 1 : Panggil nama yang konsisten

Buat pilihan untuk memberikan satu nama khusus untuk anak kucing anda. Jangan hari ini kucing itu di beri nama Johny, esok pula namanya Santa, lusa pula namanya bertukar jadi Kembang.

Nama yang konsisten akan membuatkan anda memanggil kucing anda dengan nada bungi yang konsisten. Itu satu tanda bagi kucing bahawa panggilan itu adalah khusus untuk diri mereka sahaja.

Tips 2 : Ulang  banyak kali

Dalam satu hari anda harus banyak kali meratib nama anak kucing anda ketika bermain bersama mereka. Biasakan selalu menyebut nama mereka ketika mereka ada dengan anda. Ini juga dapat melatih kucing untuk  datang pada anda apabila namanya di panggil.

Tips 3 : Selalu mesra dan jangan kasar

Mesralah selalu dengan kucing anda dan jangan bersikap kasar dengan mereka. Bila anda mesra dan selalu menyebut namanya, maka mereka mudah untuk datang kepada anda.

Tak percaya? Cubalah.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply