Inspirasi Sukan

Chong Wei: Lagenda Yang Tiada Ganti.

Perkongsian

Selepas kejayaan Datuk Lee Chong Wei menewaskan pemain nombor 1 dunia, Chen Long dalam kejohanan Siri Super Premier Terbuka Malaysia semalam, bermakna itu merupakan kejayaan kali kesebelas beliau merangkul anugerah sama sejak berkecimpung dalam arena badminton lebih 2 dekad yang lalu.

chong4
Chong Wei Bermula dari bawah sebelum bergelar lagenda badminton

Biarpun ramai yang membandingkan kehebatan Chong Wei dengan lagenda dari China, Lin Dan, tetapi Chong Wei nyata mempunyai kelas tersendiri. Memang benar Chong Wei seorang yang cukup hebat. tetapi kehebatan Chong Wei menjadi kerisauan utama yang dialami Persatuan Badminton Malaysia, BAM dan juga semua peminat sukan itu di negara ini. Manakan tidak, ketika ini, Chong Wei dilihat berada di penghujung usia dan Sukan Olimpik Rio pada tahun ini mungkin menjadi pentas terbesar terakhir Chong Wei untuk menyerlah.

chong3
Chong Wei ketika memenangi terbuka Malaysia baru-baru ini

Lebih membimbangkan, sukan badminton pada ketika ini masih belum menemui pengganti paling sesuai sekiranya Chong Wei meninggalkan sukan itu untuk bersara tidak lama lagi. Memang benar ramai pemain yang cuba dihasilkan tetapi tahapnya masih belum sama ataupun hampir setaraf Chong Wei masih belum ada. Tambahan, selepas juara remaja dunia 2011, Zulfadhli Zulkifli meninggalkan BAM selepas menjuarai kejohanan tersebut , pemain yang dilihat sebagai pilihan utama menggantikan Chong Wei itu terus senyap tanpa berita.

chong2

Prospek terus terarah kepada seorang lagi pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnanin. Namun, melihat kepada persembahan Iskandar dalam siri-siri perlawanan baru ini termasuk terbuka Malaysia, Iskandar perlu lebih lagi masa untuk mencapai tahap yang diperlukan sebagai juara dunia.

Kejuaraan Chong Wei itu menjadikan beliau lagenda yang sukar ditandingi oleh mana-mana pemain dalam masa ini. Biarpun berada di kedudukan keempat dunia ketika ini, semangat Lee Chong Wei untuk terus membanggakan negara selepas pernah berada pada kedudukan 180 pada tahun lalu akibat isu doping perlu diberi pujian.

Apapun, kami rakyat Malaysia tetap akan menyokong perjuangan Datuk Lee Chong Wei selain akan berharap pemain-pemain lain dapat mengikut jejak langkah Datuk.

Selamanya Malaysia!!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply