Semasa

Dr Zakir Naik Dibenarkan Beri Ceramah Selepas Ubah Topik!

Perkongsian

naik5

Kerajaan Malaysia akhirnya membenarkan penceramah bebas Dr Zakir Naik untuk meneruskan ceramahnya di Universiti Teknikal Melaka yang dijadualkan Ahad ini selepas Dr Zakir bersetuju mengubah tajuk ceramahnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi berkata, pihak berkuasa mengambil keputusan membenarkan Dr Zakir meneruskan ceramahnya selepas persetujuan kedua-dua belah pihak tercapai. Ini berikutan Dr Zakir Naik bersetuju mengubah tajuk asal yang diusulkan iaitu Persamaan antara Hindu dan Islam.

Zahid Hamidi menambah, polis tidak dapat memebenarkan Dr Zakir meneruskan acaranya sebelum ini selepas mendapat bantahan daripada pengganut agama hindu di negara ini biarpun kaum tersebut hanyalah minoriti.

naik3
Dr Zakir Naik sememangnya terkenal selepas berjaya mengislamkan ramai orang di seluruh dunia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam pada itu berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada MIC dan HINDRAF yang mengusulkan supaya penceramah itu dihalang daripada memasuki Malaysia.

Dr Zakir Naik yang sebelum ini telah menyampaikan siri dakwahnya di Terengganu minggu lepas, tiba di Melaka atas jemmputan kerajaan negeri itu untuk tujuan yang sama.

naik2

Kunjungan kali terakhir Zakir Naik sebelum ini pada tahun 2012 turut mendapat tentangan daripada kaum dan pihak sama namun ceramahnya masih dapat diteruskan. Pemenang anugerah Tokoh Maal Hijrah itu ,menimbulkan kemarahan pengganut agama Hindu kerana dikatakan menghina amalan tidak memakan daging yang diamalkan kaum tersebut.

Sebagai rekod, Dr Zakir Naik juga dihalang daripada memasuki beberapa negara seperti Kanada dan United Kingdom pada tahun 2012 selepas dituduh menyokong kumpulan pengganas Al-Qaeda.

naik1

Sesetengah pihak mendakwa tindakan Pihak Polis sebagai tidak wajar kerana menghalang usaha dakwah Dr Zakir Naik di negara ini sedangkan pelbagai anjuran seperti konsert dan lain-lain dibenarkan tanpa syarat yang ketat.

Apapun, kita doakan agar Islam terus berkembang dan Negara kita dilindungi daripada bala bencana.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply