Semasa

Rayani Air Hentikan Operasi Sementara Waktu, Mas dan AA Beri harga Diskaun.WOW!

Perkongsian

543543

Baru-baru ini sudah heboh bahawa syarikat penerbangan Rayani Air mahu menagguhkan operasi penerbangan mereka selama beberapa bulan. Sebelum ini juga ada banyak isu terkait antaar orang ramai dan syarikat penerbangan ini.

Jika dahulu ada komplen dari para penumpang bahawa penerbangan yang sepatutnya berjalan dengan mengikut masa terpaksa di tunda lantaran ada masalah teknikal yang berlaku.

Peristiwa itu bukanlah sekali berlaku malah berkali-kali juga terus berulang tanpa ada penambah baikan dari pihak Rayani Air. Ada yang berpendapat, puncanya kerana suarikat penerbangan itu mahu meluaskan lokasi penerbangan mereka namun keupayaan pesawat dengan jumlah yang sedikit telah memberi masalah termasuklah penagguhan perjalanan yang sudah di tetapkan dalam jadual.

Ada suara orang ramai memberi cadangan agar pihak Rayani Air untuk memberi tumpuan kepada lokasi terdekat dahulu dan selepas mampu untuk menambah jumlah pesawat, maka lokasi penerbangan boleh di perluaskan. Penambahan pesawat juga dapat membantu penagguhan penerbangan yang sering berlaku sebelum ini.

Rentetan kejadian demi kejadian, Rayani Air akhirnya membuat pengumuman untuk menghentikan operasi buat sementara waktu. Mungkin dalam tempoh 2 hingga 3 bulan mengikut berita yang di khabarkan. Hal ini mungkin menyebabkan ada sesetengah pelanggan yang sudah menempah tiket penerbangan merasa sedikit kecewa.

Namun pihak Rayani Air turut menawarkan refund kepada mereka yang sudah membuat pembayaran tiket. Berita gembira pula di keluarkan oleh syarikat MAS dan Air Asia apabila kedua-dua syarikat ini mahu menawarkan harga diskaun kepada pelanggan Rayani Air yang tidak dapat meneruskan penerbangan walaupun sudah membuat tempahan tiket.

MenurutĀ  syarikat MAS tawaran ini bermula hari ini sehinggalah ke 30 April 2016 dan untuk penerbangan segera ia akan berakhir hingga 31 Julai 2016.

Air Asia juga menawarkan diskaun sehingga 50% untuk destinasi tertentu. Jadi bagi anda yang sudah menempah tiket Rayani Air dan penerbangan itu di batalkan, hubungi MAS dan AA untuk dapatkan harga diskaun. Terbaik!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply