Bisnes

3 Ciri-ciri Awal Bakal Jutawan Sukses

Perkongsian

234324324

Pernahkah anda mengimpikan untuk menjadi seorang jutawan? Punya wang simpanan dalam akaun bank yang digitnya lebih dari 6, pasti ia menjadi impian kebanyakan orang. Lupakan sahaja kata-kata sesetengah orang bahawa wang itu banyak mana sekalipun ia tidak akan bersama kita hingga ke liang lahad.

Wang tidak penting, yang penting keikhlasan hati, kebaikan jiwa, itu paling utama. Ya, memang betul. Wang bukanlah hak mutlak dalam untuk mendapatkan sesuatu namun dengan wang ringgitlah anda mungkin dapat membebaskan diri dari belenggu hutang, banyak keperluan diri dan keluarga terutama untuk orang tua sendiri dapat di penuhi.

Pintu rumah anak yatim juga selalu boleh di ketuk dengan menghulurkan mereka pelbagai bantuan dan keperluan malah tanah suci Mekah juga mampu anda jejakkan kaki apabila anda punya wang yang banyak. Oleh itu jangan melihat ada banyaknya wang itu adalah hal yang negative, pandanglah ia dari sudut positif. Jika anda mahu menjadi seorang jutawan, kenali dahulu ciri-ciri seorang jutawan. Mungkin sahaja anda sudah punya ciri-ciri itu, dengan usaha yang konsisten insyaAllah anda juga boleh Berjaya.

1 ) Minat dalam berniaga

Ramai pakar dan mereka yang sudah menjadi jutawan menyarankan anda untuk berniaga dan punya bisnes sendiri jika mahu menjadi jutawan. Anda boleh baca buku Secrets of The Millionaire Mind yang menyatakan lebih dari 70% jutawan di dunia ini asalnya kerana mereka ada bisnes sendiri. Selebihnya, mereka mugkin menjadi jutawan kerana harta pusaka, rezeki terpijak seperti menang loteri.

2 ) Punya keyakinan

Seorang bakal jutawan punya rasa yakin dan positif. Di sebabkan mereka punya rasa yakin tetapi tidak terlalu yakin, mereka pun belajar bersungguh-sungguh untuk mendalami sesuatu ilmu. Mereka percaya dengan rasa yakin, ilmu boleh di pekajari dan bila kita take action, pasti akan ada hasil yang baak di peroleh.

3 ) Positif

Bakal jutawan seorang yang punya minda positif. Jika mereka ada masalah mereka anggap itu satu peluang untuk belajar perkara baru maka mereka tidak putus asa. Jika mereka melihat orang lain sukses, mereka akan meraikan kejayaan orang lain dan berharap suatu hari nanti, mereka juga mampu menjadi seorang jutawan, maksudnya di sini mereka tidak punya hasa dengki dengan kejayaan orang lain.

So, korang ada tak ciri-ciri kat atas? Ada lagi ciri-ciri lain, tapi yang ini paling asas yang di ceritakan dalam buky Secret of Millionaires Mind.

 

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply