Semasa Viral

Hadiah Pemenang Junior Cycling Malaysia Hanya RM30?

Perkongsian

Hari ini media sosial viral mengenai hadiah yang diberikan kepada pemenang tempat pertama Junior Cycling Malaysia yang hanya bernilai RM30 bagi kategori kanak-kanak bawah 9 tahun. Bagi pemenang tempat kedua diperuntukkan RM20, manakala bagi pemenang tempat ketiga diperuntukkan RM10.

13010742_1303183776371307_4289459568962490358_n

Apa yang menarik lagi adalah hadiah bagi pemenang tempat keempat merupakan sebuah topi, manakala hadiah pemenang tempat kelima merupakan botol air.

13010856_1303183829704635_4935772428723454835_n

233

Gambar viral ini mendapat maklum balas yang agak rancak daripada netizen kerana Khairy Jamaluddin  (KJ) dikatakan hadir program tersebut, tetapi hadiah wang tunai yang diberikan tidaklah semewah yang difikirkan.

12

123

Beberapa laman sosial Facebook juga menviralkan isu ini dan mendapat perhatian daripada netizen.

1234

123456

Program ini hanya memperuntukkan RM7,600 sahaja bagi hadiah semua kategori. Kerana itulah jumlah wang yang diberikan kepada para pemenang tidak mewah.

Walaubagaimanapun bagi kategori Elite, pemenang tempat pertama diperuntukkan wang tunai berjumlah RM1,000, manakala pemenang tempat pertama kategori master diperuntukkan wang tunai RM150.

12961749_199705433745452_5255187322707306515_n

Junior Cycling Malaysia (JCM) sebenarnya merupakan satu program dan landasan bagi individu yang suka berbasikal bagi mereka mempamerkan bakat sebelum diasah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

12814069_177654179283911_7230216020052398272_n

JCM ini telah diusahakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan melalui Pelan Pembangunan Berbasikal MSN 2015-2023 yang mempertandingkan 18 kategori lelaki dan wanita.

Sebanyak 10 kategori dipertandingkan bagi lelaki membabitkan elit, masters kategori 1 (36 hingga 45 tahun), masters kategori 2 (46 tahun ke atas), novis (19 hingga 35), bawah 19, bawah 17, bawah 15, bawah 13, bawah 11 dan bawah 9 tahun. Kategori wanita pula membabitkan elit, novis (19 tahun dan ke atas), bawah 19, bawah 17, bawah 15, bawah 13, bawah 11 dan bawah 9 tahun. JCM juga turut mempertandingkan acara terbuka foldie, fixie dan BMX (bawah 15) selain push bike (kanak-kanak bawah 6).

Program ini telah dijalankan di MAEPS, Serdang pada Sabtu yang lalu.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply