Semasa Viral

Kek Poppy Seed, Kek Dadah!

Perkongsian

Beberapa premis kek di ibu kota dipercayai menjual kek ‘Poppy Seed’ yang menggunakan biji popi sebagai penambah rasa dalam kek mereka. Biji popi merupakan bahan makanan yang selalu diubah kepada bahan narkotik (dadah) yang akan menyebabkan mereka yang menikmatinya merasa ketagih dan khayal jika mengambil melebihi dos yang ditetapkan.

poppy-seeds-on-wooden-scoop

Kes ini diketahui berikutan pendedahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur apabila mereka menemui ramuan dadah terbabit dalam setiap perisa yang ditabur pada kek berkenaan.

image

Wan Abdullah (kiri) bersama kek yang dipercayai mempunyai biji popi.

 

Ketua JSJSN Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata bahawa pembongkaran itu dilakukan apabila pemantauan selama seminggu menunjukkan beberapa kedai kek di sekitar Kuala Lumpur menggunakan biji popi jenis morfin ini ke dalam kek apabila beberapa sampel kek diambil dan dilakukan pemeriksaan.

“Hasil siasatan lanjut mendapati kek berkenaan mempunyai dadah jenis morfin,”katanya.

Menurut beliau lagi, sepotong kek yang mengandungi biji popi dijual dengan harga RM13 sepotong berikutan mendapat permintaan yang tinggi daripada ‘peminat’ kek berkenaan. Kek berkenaan dipercayai boleh menyebabkan pengemarnya merasai rangsangan, selain boleh menyebabkan rasa khayal dan ketagihan. 

poppy-seed-cake3-w

Beliau juga menerangkan bahawa pihak polis akan menjalankan siasatan lanjut dengan memanggil pemilik premis berkenaan untuk mengenal pasti pembekal kek tersebut. Menurut beliau, pihak premis berkemungkinan tidak mengetahui tentang isi kandungan barang terlarang yang berada dalam kek tersebut. 

Beliau juga bimbang jika kek berkenaan dihidangkan di mana-mana majlis. Ini kerana pemakan kek berkenaan berkemungkinan boleh menyebabkan mangsa positif dalam ujian saringan air kencing hingga boleh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

1

“Kami akan siasat lebih lanjut berhubung perkara ini termasuk membuat ujian dengan Jabatan Kimia bagi menentukan kesahihan tentang hal ini dan kandungan kek sama ada dikategorikan sebagai dadah atau pun tidak. Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan sehingga kami menerima keputusan ujian daripada Jabatan Kimia,”ulas beliau lagi.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dan peka ketika membeli kek bagi mengelakkan mengambil barang terlarang yang telah dicampurkan dalam kek berkenaan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply