Cinta & Perhubungan Inspirasi

‘Rasuah’ Untuk Pikat Hati Mentua

Perkongsian

Kebanyakkan daripada kita apabila sudah ada pasangan, kita pasti bersungguh-sungguh mengambil hati si dia. Sanggup melakukan apa sahaja. Maklumlah, awal-awal di alam percintaan kan. Namun, ramaikah diantara kita yang akan berusaha untuk mengambil hati bakal mentua seperti mana kita mengambil hati anaknya? Mungkin ada caranya yang anda tidak pernah cuba.

Mungkin ada je antara kita yang puas mencuba untuk ambil hatinya namun masih dipandang sepi. Lebih-lebih lagi kita bukanlah menantu pilihan diantara menantu-menantu yang lain. Pantang kita buat silap sikit, ada je isu berbangkit.

Dalam laman portal MingguanWanita menyatakan, proses untuk mengambil hati mentua memerlukan usaha dan kesabaran yang berterusan. Hal ini kerana, bukanlah bermakna mentua akan membenci anda bertahun lamanya tapi kalau kena dengan cara kita untuk melembutkan hatinya, tak sampai setahun pasti kita akan diterima. Bagaimana caranya?

Sebagai menantu yang prihatin, kita perlu jadi pemerhati yang tajam. Sebagai contoh, kita lihat apa yang mentua kita suka. Andaikata mentua kita suka kumpul koleksi kain batik, apa salahnya kita belikan dia kain batik bila tiba hari lahir. Kalau tidak pun, bawa pulang ole-ole untuknya selepas kita pulang dari bercuti. Mentua kita tak minta yang mahal-mahal pun sebenarnya, cukup sekadar dirinya diingati.

Menantu perempuan sangat memainkan peranan yang penting. Sepatutnya anda perlu lebih tahu cara untuk memikat hatinya. Terutama bab memasak dan mengemas. Sekali sekala balik ke rumah mentua, apalah salahnya menjadi sukarelawan untuk mengemas rumah dan memasak. Bagi sehari dua mentua kita rehat. Lagipun tidak susah untuk memasak kalau anda tahu untuk memasak.

Menantu lelaki pula walaupun anda lelaki, tidak bermakna anda hanya perlu duduk dan perhati saja. Kalau dapat mentua yang  jenis duduk di kampung dan anda pula dari bandar, jadikan lah mentua anda sebagai guru untuk belajar. Sebagai contoh, cara nak menjala ikan, cara menyawit, cara menoreh getah, dan sebagainya. Mungkin anda tak akan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian anda, tapi sekadar untuk mengambil hati mentua. Sekurang-kurangnya anda ada asasnya, kan.

Buanglah rasa putus asa atau apa saja perasaan negatif anda dalam memenangi hati mentua. Hal ini kerana, mereka juga merupakan ibu bapa kepada pasangan kita. Tidak salah memberikan mereka ‘rasuah’ yang dibenarkan supaya mereka terkesan dengan pengorbanan dan usaha yang dilakukan. Kita juga perlu tahu, rumahtangga yang bahagia lahirnya dari sikap ahli-ahli keluarga yang positif.

Ingat tau, apa sahaja yang kita lakukan mestilah disertakan dengan niat yang  betul dan niat yang baik. Paling penting, sebagai muslim yang beragama Islam, jangan lupa untuk menunaikan kewajpan kita. Barulah boleh dipanggil menantu pilihan!

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply