Semasa Uncategorised

Khasiat daun sirih untuk kesihatan


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

Khasiat-Daun-Sirih-2Betapa hebatnya petua nenek moyang kita dahulu. Nak cantik, nak sihat hanya menggunakan tanaman yang sangat senang ditanam. Buat apa berhabis duit beli produk yang mahal untuk diri sedangkan belum tentu lagi ianya berkesan bukan? Akan tetapi ramai yang tidak ingin mengambil tahu mengenai khasiat daun sirih yang diamalkan oleh nenek moyang kita. Mungkin bagi sesetengah mereka memikirkan ianya rumit ataupun kolot. Apa salahnya kita memanfaatkan tumbuhan hijau ini daripa ianya kering tidak di gunakan. Mari kita baca apa sebenarnya daun sirih ini dan apa khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan..

Terdapat beberapa jenis daun sirih yang dikenali oleh masyarakat. Antaranya sirih cengkih yang daunnya kecil, kekuningan dan rasa seperti cengkih, sirih jawa yang daunnya lebih lembut, kurang tajam dan hijau rumput, sirih belanda, sirih hitam dan sirih kuning. Banyak kegunaan dan khasiatnya. Seperti yang kita ketahui, daun sirih masih digunakan dalam adat istiadat orang Melayu sehingga kini terutamanya dalam majlis perkahwinan.

Berikut adalah beberapa manfaat daun sirih yang boleh dijadikan amalan:

1.Merawat resdung dan menerangkan penglihatan

Jika anda menghadapi resdung, sedut air rebusan daun sirih itu secara perlahan-lahan semasa anda mencuci muka dan jangan ditutup mata. Biarkan saja mata terbuka dan dengan izinNya mata juga akan lebih jelas selain merawat resdung.

2.Melancarkan haid

Bagi setiap perempuan, menyambut kedatangan haid setiap bulan adalah perkara yang biasa. Bagi mereka yang sering mengalami masalah ketika haid dan tidak sukakan jamu untuk merawat masalah haid, anda bolehlah mencuba air rebusan dari daun sirih bagi melancarkan haid. Ambil 3 hingga 5 helai daun sirih, kemudian rebus hingga mendidih dan biarkan ianya sedikit suam lalu bolehlah diminum semasa atau selepas tempoh haid.

3.Bau mulut dan gusi berdarah

Salah satu kebaikan daun sirih adalah mampu menghilangkan bau mulut dan mengelakkan gusi berdarah. Kekadang kita akan mengalami masalah bau mulut terutama apabila mengambil makanan yang boleh menyebabkan bau seperti petai, jering dan lain-lain. Oleh itu, anda boleh mencubanya dari daun sirih untuk merawat masalah mulut. Caranya adalah kunyah daun sirih sehingga lumat, tahan dan kumur-kumurkannya. Kemudian anda mesti ludah dam jangan ditelan. Seboleh-bolehnya lakukan 3kali sehari.

4.Mencegah bau ketiak

Ambil daun sirih dalam  2 hingga 3 helai dan rendam dalam air panas kuantiti setengah gelas. Kemudian, tambahkan gula pasir dalam kuantiti satu sudu teh. Biarkan sehingga suam atau kurang panas. Jangan lupa sebelum minum hendaklah selawat. Asingkan dahulu daun yang direndam sebelum diminum airnya. Sebolehnya amalkan 2 hingga 3 kali seminggu. Selain itu, daun sirih yang telah lumat dicampurkan sedikit air boleh dilumurkan ke seluruh badan dan ketiak. Badan akan kurang berbau dan  menghilangkan daki.

5.Pencuci muka

Untuk mendapatkan wajah yang sentiasa berseri, cuci muka dengan air rebusan dari daun sirih pada setiap pagi. Selain daripada menyerikan wajah, ia juga boleh membantu mengurangkan jerawat bagi mereka yang mengalami masalah jerawat.

Terdapat banyak lagi kebaikan dan manfaat daun sirih untuk kesihatan kita seperti merawat bisul, keputihan dan sebagainya yang boleh kita manfaatkan. Semoga apa yang dikongsi memberikan manfaat buat semua. Selamat beramal.

 

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply