Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 77

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 87
Jadi Ibu Pada Usia 72 Tahun. – Kisah Dunia
Cinta & Perhubungan

Jadi Ibu Pada Usia 72 Tahun.


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

anak1

Alhamdulillah. Benar kata orang janji Allah kepada orang yang berusaha itu pasti. Persoalannya cuma cepat atau lambat diberikan balasan.

Di India, Satu pasangan suami isteri di India menunggu selama 47 tahun sebelum akhirnya menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Impian pasangan berusia lebih 70 tahun berkenaan untuk menimang cahaya mata tercapai selepas mereka menjalani rawatan kesuburan.

 Daljinder Kaur, 72, yang berasal dari Amritsar selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada 19 April lalu.

Wanita itu dan suaminya, Mohinder Singh Gill sudah berkahwin selama 47 tahun, tetapi memutuskan untuk menjalani rawatan kesuburan tiga tahun lalu.

“Saya sangat sedih dan sudah berputus asa untuk mendapatkan anak selepas beberapa puluh tahun berkahwin.

“Bagaimanapun, selepas sekian lama kami memutuskan untuk berusaha mendapatkan anak sekali lagi,” kata Mohinder.

Pasangan itu pergi ke Pusat Kesuburan dan Bayi Tabung Uji Kebangsaan di Hisar, Haryana untuk mendapatkan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sejak 2013.

Daljinder berkata, dia sangat gembira melahirkan anak sulungnya itu yang dinamakan Arman Singh.

“Kelahiran ini sangat penting bagi kami. Saya kini boleh hidup dengan gembira kerana kehidupan saya sudah sempurna,” katanya.

Petugas di pusat kesuburan berkenaan berkata, mereka pada mulanya skeptikal bagi menawarkan rawatan kepada Daljinder sehingga laporan perubatan menunjukkan dia calon yang sesuai.

Pengarah pusat berkenaan, Anurag Bishnoi berkata, pada mulanya mereka cuba menolak untuk merawat Daljinder kerana dia terlalu lemah.

“Bagaimanapun, laporan perubatan menunjukkan dia seorang wanita yang normal dan sesuai untuk hamil,” katanya.

Ini adalah kali kedua pusat berkenaan menerima wanita berusia dalam lingkungan 70-an yang berjaya melahirkan anak melalui kaedah IVF.

Pada 2006, seorang wanita berusia 70 tahun, Rajo Devi melahirkan bayi perempuan di pusat yang sama, menjadikan dia ibu paling tua di dunia ketika itu.

Gamabr:Metro.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply