Uncategorised

Khasiat bunga kantan untuk kesihatan

Perkongsian

download (2)

Pokok herba ini selalunya ditanam di sekitar kawasan rumah-rumah kampung untuk jambak bunganya dengan mengunakan rizomnya untuk pertumbuhan. Kebiasaannya selain dijadikan hiasan di sekeliling rumah kerana pokok herba ini mengeluarkan bunga yang sangat cantik, Seringkali bunga kantan yang masih muda dan belum berkembang menjadi bunga yang mekar, ianya dijadikan sebagai perencah untuk membuat kuah laksa yang sedap. Selain itu, Ia juga boleh dimasukkan ke dalam lauk asam pedas ataupun tomyam sebagai pembangkit aroma dalam masakan. Namun, tanpa diketahui hakikatnya pokok herba ini terkandung banyak khasiatnya selain digunakan dalam masakan.

Menurut perubatan tradisional, bunga kantan ini digunakan dan sangat bermanfaat untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka.  Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga.

Selain daripada itu, buah kantan turut dipercayai mampu digunakan bagi menguatkan tenaga batin lelaki. Buahnya yang telah masak digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin lelaki dengan cara merebuskan buah kantan yang telah masak dan air rebusannya diminum. Akan tetapi, pastikan anda bertanya kepada pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu supaya anda mengambilnya dalam sukatan yang betul agar tidak timbul masalah lain.
Selain daripada bunga dan buahnya, daun kantan turut mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Sekiranya anda mempunyai luka pada badan, anda bolehlah menggunakan air rebusan daun kantan dan jadikan air tersebut sebagai air pencuci luka iaitu dengan cara melumurkan atau membasuh ke seluruh bahagian yang mengalami luka.

Seterusnya, buah kantan dikatakan boleh merawat kencing manis dan darah tinggi juga. Buah kantan di rebus dan kemudian anda boleh minum air rebusan tersebut. Boleh diambil setiap hari dan hendaklah dalam kuantiti yang betul.

Khasiat lain adalah dimana pokok herba ini juga dikatakan mampu menghilangkan bau badan terutamanya bagi wanita yang lepas bersalin. Caranya adalah dengan mengambil beberapa batang pokoknya yang segar dan kemudian hendaklah dipotong batangnya secara pendek-pendek dan ditumbuk sehingga lumat. Setelah itu, Rebus pokoknya yang telah dilumatkan sehingga mendidih dan gunakan sebagai air mandian setelah ianya sejuk.
Manakala, bijinya juga dikatakan digunakan sebagai penambah selera makan bagi mereka yang kurang mempunyai selera makan dan juga dapat menghilangkan rasa kurang bermaya. Caranya adalah dengan menumbuk bijinya sehingga lumat, kemudian toskan biji yang telah dilumatkan bagi mendapatkan airnya. Setelah itu, campurkan  air biji tadi bersama segelas air suam. Air biji pokok ini yang telah dicampur bersama air suam boleh diminum pada waktu pagi ataupun sebelum tidur.
Sekiranya dibeli di kedai, kemungkinan harganya sedikit mahal berbanding anda menanamnya sendiri. Penanaman dan penjagaan pokok herba ini sangatlah mudah. Pokok herba ini sebenarnya memerlukan tanah yang lembab dan juga subur iaitu yang terdapat banyak humas dimana biasanya  hidup subur di kawasan yang teduh.
Jarak yang sesuai untuk menanam satu pokok dengan pokok yang lain adalah 1 hingga 2 meter dengan menggunakan biji benih.  Selain itu, tanaman ini juga boleh ditanam dengan melakukan  cara belahan rumpun. Dimana batangnya yang telah dibuang semua daun ditanam teru ke tanah.
Pokok herba ini sangat mudah untuk hidup, akan tetapi ianya memerlukan tanah yang sedikit lembap dan mempunyai saliran yang baik. Pokok ini juga tidak memerlukan penjagaan yang rapi kecuali sekiranya batang dengan daun reput.
Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply