Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 77

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 87
Cara Menjadikan Ibu Anda Rapat Seperti Sahabat. – Kisah Dunia
Cinta & Perhubungan

Cara Menjadikan Ibu Anda Rapat Seperti Sahabat.


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

ibu-anak

Hubungan antara ibu dan anak yang sedang meniti cabaran dalam kehidupan menjadikan mereka lebih akrab.

Bagi anak perempuan khususnya, mereka memiliki keunikan tersendiri kerana sifat semula jadi yang hampir sama yang membolehkan mereka berkongsi pelbagai perkara dengan ibu masing-masing.

Bagaimanapun, terdapat juga anak lelaki yang sangat rapat dengan ibu berbanding anak perempuan kerana mereka beranggapan seorang ibu lebih memahami dirinya.

Oleh itu, sempena hari ibu kali ini, Gen Y kongsikan beberapa tip untuk bersahabat dengan ibu.

1.Komunikasi

Aspek ini sangat penting bagi semua perhubungan. Walaupun ada kalanya berlaku perselisihan faham dengan ibu, namun ia hanya bersifat sementara sahaja.

Anda tidak boleh mengetepikan insan bergelar ibu kerana dia adalah tempat kita menumpang kasih. Ini kerana perhubungan anak dengan ibu diibaratkan seperti ‘air dicincang tidak akan putus’.

2.Saling menerima

Setiap insan mempunyai perwatakan serta personaliti yang berbeza walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga. Oleh itu, anak dan ibu perlu menerima sikap, sifat atau cara masing-masing bagi mewujudkan keserasian.

Tidak salah sekiranya bersifat terbuka dalam sesetengah perkara sekiranya ia mendatangkan kebaikan.

3.Bertolak ansur

Bagi seorang anak yang sedang meningkat remaja, perkara yang dilakukan sering kali menarik perhatian ibu bapa. Namun naluri seorang ibu yang sentiasa bimbang­kan keselamatan anak menyebabkannya memberi pendapat yang berlainan.

Oleh itu, sebagai seorang anak tidak salah sekiranya kita menuruti permintaannya selagi ia tidak bercanggah atau melampaui batas. Keadaan ini secara tidak langsung merapatkan lagi hubungan ibu dan anak.

4.Saling menghormati

Walaupun seorang ibu boleh menjadi sahabat kepada anak, namun kita perlu menghormatinya dan tidak boleh mengeluarkan kata-kata kasar seperti bergaul dengan rakan kita.

Ini kerana secara tidak langsung boleh mengguris hatinya. Sebaliknya, seorang ibu juga perlu menghormati persahabatan anaknya dengan rakannya yang lain.

5.Saling menghargai

Cuba untuk mengawal diri daripada mengungkapkan perkara yang tidak dipersetujui. Penolakan boleh menjadi faktor ibu dan anak bermasam muka kerana masing-masing berasa tidak dihargai.

Oleh itu, jangan terlalu mengikut perasaan. Sebaliknya beri sedikit ruang untuk wujudkan keharmonian dalam perhubungan.

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply