Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi Viral

Tips Mudah Didik Anak 5 Tahun Hafaz 30 Juz !

Perkongsian

Siapa yang tidak mahu mempunyai anak yang masih muda tetapi sudah menghafal AlQuran seawal usia muda? Berikut merupakan 7 tips pasangan suami isteri yang telah berjaya mendidik anak mereka menghafal AlQuran diusia muda.

1. Mainkan audio AlQuran

unnamed

Anda boleh cuba untuk memainkan rakaman AlQuran kepada anak-anak sejak kecil kerana pendengaran merupakan deria pertama yang memberi respons kepada pembelajaran. Anda boleh membelikan pembesar suara dan CD audio Syeikh Misyari Al-Fasi yang original untuk menarik pendengaran anak anda.

2. Abang Long ‘The Trendsetter’

read-quran

Pasangan ini menjadikan anak sulung mereka sebagai ikutan apabila membaca tips ini melalui buku keluara Profazz tentang bagaimana tindak tanduk abang sulung boleh diikuti oleh adik-adik. Mereka mendidik anak sulung mereka menghafaz AlQuran dahulu.

3. Latih secara konsisten

slide-1

Sebelum anak berusia 5 tahun anda boleh mendedahkan anak anda dengan sebutan makhraj huruf, kalimah Allah, doa dan zikir. Ketika umur mereka sudah 5 tahun barulah anda boleh membelikan muqaddam, sediakan jadual hafalan dan belikan CD untuknya. 

4. Kurangkan gadjet dan televisyen

Pasangan ini tidak membenarkan anak-anak menonton filem kartun kerana mengikut mereka hafalan anak mereka pernah terjejas kerana menonton televisyen. Pasangan ini hanya membenarkan anak mereka menonton filem ilmiah dan mereka sebagai ibu bapa akan bersama-sama menonton bersama mereka.

5. Ibu bapa juga perlu hafal

Pasangan ini menyatakan bahawa anak akan berasa seronok ketika anda hafal bersama mereka. Timbul satu suasana pembelajaran yang menarik dan kadang-kadang pasangan ini menperdengarkan bacaan kepada anak-anak dan sengaja menyalahkan salah satu huruf hafalan supaya anak-anak boleh menegur. Situasi ini selalunya dilakukan ketika waktu santai seperti melipat baju dan sebagainya.

6. Mulakan dengan surah mudah

Mudah yang dimaksudkan bukanlah pendek, tetapi ayat yang mudah dilafazkan dan tidak banyak pengulangan sebutan yang hampir sama. Ini amat penting untuk mengelakkan anak merasa susah untuk menghafal. Jadi pasangan ini membahagikan hafalan AlQuran kepada 2 bahagian.

Bahagian 1 adalah surah versi pendek yang bermula daripada Surah An-Nas dan berakhir surah Ad-Dhuha. Bahagian 2 pula adalah surah Al-Layl hingga Surah An-Naba’.

7. Bercerita

Gunakan teknik penceritaan sebelum anak-anak menghafal. Contohnya pasangan ini akan menceritakan tentang kehebatan Allah menewaskan tentera gajah melalui surah Al-Fill. Ini dapat menarik perhatian dan menguatkan akidah mereka. 

Semoga perkongsian ini membantu anak anda menghafaz AlQuran. Jangan lupa amalkan!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply