Fesyen & Gaya Hidup Viral

Rahsia Sains Dalam Pergerakan Solat Bhg. I (Berdiri & Ruku’)

Perkongsian

Umat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk solat 5 kali sehari semalam. Ini merupakan perintah agama Islam di mana solat dianggap sebagai tiang agama, jika tiang agama tidak didirikan, bagimanakah seorang Muslim hendak membina ‘mahligai’ di syurga kelak? Selain gerakan solat yang sama antara orang Muslim di pelusuk dunia, solat juga dipercayai mempunyai kelebihihan fizikal kepada kesihatan manusia yang mengerjakan solat.

Sesetengah fakta ini diambil daripada journal, video dan artikel yang ditulis di internet dengan sumber yang sah. Kebanyakkannya diambil daripada penyelidikan yang dibuat oleh para saintis. Memandang terdapat banyak kelebihan dalam setiap pergerakan solat, maka kami akan membahagikan artikel ini kepada bahagian I dan II. Jom kita tengok apakah kebaikan pergerakan solat bahagian I kepada badan kita!

1. Berdiri ketika solat

Menurut Mohammed Faruque Reza dari Pusat Perubatan Jepun mendapati ketika berdiri untuk solat, kita akan cuba untuk fokuskan minda kepada solat. Ini membantu dalam mengurangkan tekanan dan membantu mengawal keseimbangan badan. Berdiri tegak dan lurus akan menjadikan titik beban badan tertumpu pada kedua-dua belah tapak kaki secara seimbang. Rutin ini dipercayai akan melatih menguatkan tulang pada kaki dan membuatkan belakang badan tidak menjadi bengkok.

Illu_vertebral_column

Ketika berdiri juga, orang yang solat akan mengangkat tangan ke telinga dan membawa tangan kanan di atas tangan kiri pada bahagian abdomen (takbiratul ihram), ketika tangan kanan mengengam tangan kiri aliran darah mengalir meningkat pada bahagian otak post-pusat girus (post-central gyrus). Ia juga membantu membesarkan rongga dada di mana paru-paru akan terasa luas selain otot tangan dapat digerakkan.

bmot1

Ketika bersolat, kita akan membaca surah-surah di dalam Al-Quran bahasa arab. Seperti yang kita tahu, ketika kita bercakap, otot mulut akan bergerak tidak kiralah jika anda berbahasa apa sekali pun. Jadi pergerakan otot mulut ini akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke bahagian muka, lidah, dan deria mulut dan juga bahagian Broca’s dan Wernicke’s di dalam otak ketika membaca ayat suci Al-Quran. 

bw

Bacaan Al-Fatihah mampu menimbulkan rasa rendah diri dan khusyuk kepada pembacanya dengan syarat pembacanya memahami maksud surat tersebut. Dalam bacaan, getaran vokal panjang dapat merangsang hati, kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru.

21

2. Ruku’

espaco

Pergerakan badan bergerak ke hadapan dan kedua tangan di lutut dan punggung secara mendatar mengerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Ia dipercayai mampu menguatkan belakang orang yang mempunyai sakit belakang. Selain menguatkan tulang belakang, perbuatan ini mampu menguatkan otot perut. Terapi ini terbukti mampu digunakan sebagai rawatan tahan sakit seperti yang tercatat dalam fisilosofi Yogic. 

1

Ia juga berkesan dalam membantu kelenturan(fleksibili) bahagian bahu, lutut dan buku lali. Pergerakan ruku’ mengenakan tekanan pada bahagian abdomen yang akan memudahkan masalah sembelit dan pergerakan  peristaltis(pergerakan otot perut). Buah pinggang juga akan mengalami ‘urutan’ yang membantu dalam permasalahan penyakit buah pinggang.

Dalam kajian mengenai jantung, saintis mendapati posisi sujud mampu mengurangkan dengupan jantung. Kadar dengupan jantung yang rendah untuk sementara waktu memberikan waktu rehat kepada jantung. Ia juga membantu dalam merelakskan saraf tunjang dan mengurangkan risiko tekanan ke atas saraf tunjang.

Florida-Heart-Specialists-Heart-Beat-Line_full

Saintis di Eropah telah membuat kajian mengenai bagaimana ingin membuang cas positif elektromagnetik yang berbahaya kepada badan manusia. Di dalam kajian terbabit, dia menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk mengeluarkan cas tersebut adalah dengan meletakkan dahi di tanah/lantai, kemudian tanah akan mengeluarkan cas positif badan. Ini sama seperti kejadian kilat apabila kilat menyambar bangunan yang berada di tanah mempunyai cas positif. Kerana itulah anda perlu membuang cas positif supaya tidak disambar kilat!

lightning_stroke

Semoga info ini bermanfaat kepada umat Islam diseluruh dunia! Lakukan solat 5 kali sehari semalam kerana ia mampu menjadikan tubuh badan sihat. Kami akan sambung artikel bahagian II Rahsia Pergerakan Sujud dan Duduk Tahiyat nanti! Tunggu ya!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u