Fesyen & Gaya Hidup Viral

Kenapa Koktail Buah Tidak Boleh Dimakan?

Perkongsian

Kenapa koktail buah tidak boleh dimakan?

Sebenarnya hanya koktail buah yang mengandungi buah-buahan yang tersenarai di bawah sahaja tidak boleh dimakan. 

Resep-Membuat-Koktail

*Koktail buah merupakan campuran minuman beberapa bahan di mana bahan utamanya adalah buah dan susu. 

Apa yang membuatkan ia tidak boleh dinikmati adalah jika gabungan susu tersebut digandingkan bersama beberapa jenis buah yang boleh menyebabkan masalah kesihatan kepada tubuh badan anda. 

Buah-buahan masam seperti oren, nanas, serta buah-buahan lain seperti ceri dan tembikai bukanlah gandingan makanan yang sihat di antara susu dan buah. 

Seperti yang anda tahu, 80% protein di dalam susu merupakan protein kasein. Apabila anda meminum susu bersama buah masam, maka kandungan protein kasein yang tinggi pada pH di bawah 4.6 akan menyebabkan susu bergumpal dan termendap di dalam badan anda.

aid3681221-728px-Curdle-Milk-Step-7

Ini akan menyebabkan masalah dalam penghadaman anda, di mana proses penguraian dan penyerapan di dalam perut dan usus menjadi sukar, sekaligus akan mengakibatkan masalah ketidakhadaman dan diarrhea (cirit birit). 

Buah-buahan masam kebiasaanya mempunyai asid tartarik yang akan bertindak balas dengan protein kasein berkenaan yang menyebabkan berlakunya pengumpalan dan menyebabkan ketidakhadaman berlaku. Contoh buah yang mengandungi asid tartarik adalah anggur, mangga, kranberi, buah pir, pisang, aprikot, epal dan avokado.

10-khasiat-buah-anggur4.Manfaat-Mangga-untuk-Kesehatan3

Campuran susu dan tembikai bukanlah gandingan yang sihat memandangan susu merupakan laksatif (bahan yang membantu membersihkan usus atau sembelit) dan tembikai merupakan diuretik (bahan yang menyebabkan peningkatan dalam penghasilan air kencing). 

Campuran susu dan pisang pula akan menyebabkan pengurangan penghadaman dan penghasilan toksin dalam badan. Pisang yang masak mungkin berasa manis, tetapi perubahan rasa itu berlaku dari mulut anda ke perut. Ia akan berubah menjadi masam apabila berada di perut anda. Hal ini boleh menyebabkan batuk, selesama dan sesetengah kes alergik kepada manusia.

Banana-milk_diet

Bukan itu sahaja, proses penghadaman buah berlaku dengan kadar yang cepat, manakala proses penghadaman susu berlaku dalam kadar yang lambat. Semasa waktu pemprosesan, buah berkemungkinan menyebabkan susu termendak dan menjadikan keadaan perut masam dan berasid.

Kesimpulannya, campuran jus buah atau minuman yang berasid bersama susu bukanlah gandingan yang baik! Dan pastikan juga anda hanya mencampurkan susu bersama buah-buahan yang manis dan masak sepenuhnya sahaja. Sebagai contoh, buah mangga yang manis, dan masak sepenuhnya boleh digabungkan dengan susu. Strawberi mempunyai rasa manis dan masam, ia tidak akan menyebabkan susu akan bergumpal apabila bercampur, tetapi ia akan menyebabkan pengumpalan susu di dalam perut anda nanti. 

Rasulullah S.A.W mengamalkan diet berasingan antara susu dan buah-buahan. Amalkan gaya hidup yang baik supaya anda bertambah sihat!

document.getElementById(“Leyout101″).style.display=”none”;They continued to run around the museum for a few weeks until we shut them downThen in the 4th it was the same like the 3rd quarter we just kept pulling away.hollister outlet
And there are plenty of other awkward, difficult questions he didn’t even acknowledge, let alone answer.louboutin pas cher
The cropped area presented in the recorded scenes was determined in real time using head orientation information calculated from the HMD orientation sensor.Jordan Pas Cher
ESPN ranked him the No.mulberry outletA report last week by Moody’s Investors Service said that a Hartford area casino “falls short of providing a broader solution that would help the Foxwoods and Mohegan Sun casinos,” prompting Brown to say Monday that, yes, the Mohegan council is looking at many options, including this one.boutique louboutin

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply