Fesyen & Gaya Hidup Inspirasi

6 Rahsia Rambut Cantik Buat Gadis Bertudung!

Perkongsian

Wanita mana yang tidak mahu rambut lurus dan menawan? Apatah lagi jika gadis berkenaan bertudung. Pasti diri merasa rendah diri dan tidak yakin apabila berdepan pasangan buat kali pertama dengan rambut yang serabut, kusut dan sebagainya. Tetapi anda tidak perlu risau lagi, kerana 9 rahsia di bawah boleh membantu anda!

full-hair_gal

1. Pilih tudung yang menyerap peluh

238b25d5e405c1927593058d09e9f5e8

Apabila anda sering terdedah kepada cahaya matahari, badan akan mula mengeluarkan peluh, termasuklah peluh pada bahagian kepala anda! 

Selain menyebabkan kehadiran kelemumur, ia juga menyebabkan kulit kepala gatal dan tidak selesa. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh mengenakan tudung yang menyerap peluh dengan cepat sama ada dengan memilih tudung jenis kapas/jersi. Ini kerana tekstil tudung berkenaan membantu meningkatkan peredaran udara dan mengekalkan kelembapan rambut.

2. Jangan pakai anak tudung ketika rambut basah

cara-mudah-menata-rambut-basah

Ya! Pemakaian anak tudung ketika rambut basah akan menyebabkan masalah kelemumur, gatal dan keguguran rambut (selain berbau busuk). Jika anda ingin segera, amalkan penggunaan pengering rambut (tetapi kurangkan).

3. Jangan ikat rambut ketat

download

Rambut yang diikat ketat boleh menyebabkan rambut rosak dan keguguran rambut, Pastikan rambut anda tidak diikat terlalu ketat.

4. Basuh rambut dengan kerap

pretty elegancy woman taking shower

Pastikan anda membasuh rambut anda dengan kerap, sama ada 2 atau 3 kali seminggu. Gunakan syampu, serum dan conditioner yang sesuai.

5. Sikat rambut sebelum memakai tudung

combing-hair

Pastikan anda menyikat rambut sebelum memakai tudung, dan penggunaan penyikat daripada plastik amat digalakkan kerana dapat menghalang keguguran rambut. 

6. Diet untuk rambut!

HairFood

Ya, apa salahnya berdiet untuk rambut anda seperti anda berdiet untuk bentuk badan anda? Vitamin dan protein terutamanya vitamin B-6, vitamin B-12, vitamin C dan E sangat penting dalam menjadikan rambut cantik dan sihat. Pastikan anda mengambil vitamin ini dengan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan. Elakkan produk kimia!

Selamat mencuba!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply