Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 77

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 87
Risiko Kanser Payudara Rendah Bagi Ibu Menyusu! – Kisah Dunia
Inspirasi

Risiko Kanser Payudara Rendah Bagi Ibu Menyusu!


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

Mother breast feeding baby

Adakah anda tahu bahawa risiko kanser payudara adalah sangat rendah bagi ibu menyusu? Ini telah dibuktikan dalam artikel keluaran CNN yang bertajuk Study: Breast-Feeding Lower Cancer Risk di cnn.com bertarikah 18 Julai 2008.

Artikel berkenaan telah melaporkan bahawa ibu yang memberi susu badan kepada bayi mereka mempunyai risiko rendah mendapat kanser payudara. Kenyataan yang dibuat oleh CNN adalah berdasarkan 47 kajian yang telah dilakukan di 30 buah negara. 

Pakar-pakar mendapati risiko menghidap penyakit kanser payudara ke atas wanita yang menyusu bayi mereka menurun sebanyak 4.3 peratus bagi setiap 12 bulan penyusuan badan. Penemuan ini turut dilaporkan dalam majalah perubatan The Lancet.

Selain mengurangkan risiko mendapat kanser payudara, penyusuan badan juga terbukti mampu mengembalikan bentuk badan asal. Penyusuan badan itu sendiri sebenarnya merupakan satu senaman badan buat ibu untuk melansingkan badan. 

Semasa wanita mengandung, rahim mereka akan mengembang 20 kali ganda daripada saiz normal dan selepas bersalin, badan ibu biasanya mengambil masa untuk mengembalikan rahim pada saiz asal. Dengan penyusuan badan, badan akan mengeluarkan hormon tertentu yang bertindak dalam membantu rahim mengecut dengan cepat, sekaligus membantu mengembalikan bentuk badan ibu dengan cepat. 

exercise

Bukan itu sahaja, penyusuan ibu dengan sepenuh selama enam bulan pertama dipercayai mampu menunda kedatangan haid dan mencegah kehamilan. Jika seorang isteri bersama suami dalam tempoh berkenaan, kajian menyatakan sebanyak 98% kehamilan dapat dielakkan. Ini menyebabkan kaedah penyusuan merupakan salah satu kaedah yang berkesan dalam merancang keluarga. Hal ini telah dinyatakan oleh pakar daripada American College of Obstetricians and Gynecologist.

Selain daripada kebaikan dari segi fizikal dan kesihatan, penyusuan ibu kepada bayi juga menawarkan kebaikan lain seperti menyerlahkan lagi naluri keibuan, selain dapat mengukuhkan ikatan kasih sayang antara ibu dan juga bayi. Ini kerana sewaktu penyusuan, bau, sentuhan dan wajah ibu akan terakam dalam ingatan bayi dan ini dapat membantu si kecil mengenali si ibu. 

Mother holding a baby while he opens his mouth

Semoga bermanfaat!

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply