Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 77

Warning: "continue" targeting switch is equivalent to "break". Did you mean to use "continue 2"? in /home/kdorg/public_html/wp-content/plugins/jetpack/_inc/lib/class.media-summary.php on line 87
6 rakyat malaysia antara yang ditahan di australia seludup meth rm586 juta – Kisah Dunia
Semasa

6 rakyat malaysia antara yang ditahan di australia seludup meth rm586 juta


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian



DADAH yang dirampas penguatkuasa di Australia. FOTO AFP

Kuala Lumpur: Seramai 14 individu termasuk enam lelaki rakyat Malaysia ditahan polis Australia semalam selepas didapati menyeludup 200 kilogram dadah dipercayai jenis methamphetamine bernilai AUD$200 juta (RM586 juta) ke negara berkenaan.

Memetik laporan Reuters, sepasukan petugas jenayah terancang menahan sebuah kapal yang membawa lapan warga China di luar pantai barat Australia awal Mei lalu.

“Kapal itu mula dikesan pada awal Mei lalu di 185 kilometer Pantai Barat Australia dalam keadaan mencurigakan.

“Serbuan di kapal berkenaan membawa kepada penahanan rakyat Malaysia bersama 200 kilogram di dua lokasi berlainan,” kata Jurucakap Polis Australia.

Menurutnya, suspek rakyat Malaysia itu berusia 24 hingga 54 tahun akan didakwa.

“Lapan warga China berusia 37 hingga 56 tahun yang berada di atas kapal kapal sudah didakwa berhubung rampasan dadah,” katanya.

Difahamkan, ini adalah rampasan kedua terbesar pihak berkuasa Australia selepas rampasan 320 kilogram pada September tahun lalu.

Sementara itu, TImbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan berhubung tahanan rakyat Malaysia berkenaan.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungi pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian.

“Setakat ini, polis belum menerima sebarang maklumat lanjut berkenaan rampasan dadah berkenaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/140904

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply