Semasa

4 maut ditembak di kilang proses ayam


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


BALIK PULAU: Tiga beranak mati ditembak ahli keluarga sendiri selepas berlaku pertengkaran antara mereka dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung, di sini, awal pagi tadi

Dalam kejadian pada jam 2.55 pagi itu, mangsa wanita berusia 55 tahun ditembak anaknya sendiri dari jarak dekat. Turut ditembak anak lelakinya berusia 27 tahun dan cucu lelaki berusia dua tahun

Turut maut seorang lelaki berusia 50 tahun, yang juga pemilik kilang memproses ayam berkenaan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Razaruddin Husain, berkata seorang lelaki berusia 32 tahun yang mempunyai kaitan dengan keluarga berkenaan dipercayai menembak semua mangsa

“Semua mangsa sedang tidur di bilik dalam kawasan kilang sebelum suspek masuk dan berlaku pergaduhan kecil apabila mangsa enggan menyerahkan wang yang diminta suspek

“Suspek yang bersenjatakan pistol kemudian berang lalu bertindak melepaskan enam das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah pacuan empat roda milik pengusaha kilang berkenaan,” katanya ketika sidang media, di sini, tadi

Difahamkan, suspek kini dipercayai masih berada di sekitar negeri dan polis kini giat memburu suspek serta meminta orang awam yang mempunyai maklumat tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan


–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply