Semasa

Proton waja terbakar lepas terlanggar belakang myvi


Warning: A non-numeric value encountered in /home/kdorg/public_html/wp-content/themes/herald/core/template-functions.php on line 193
Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Proton Waja ini terbakar selepas terlibat kemalangan di Kampung Banir Belikong, petang kelmarin.

PASIR PUTEH – Lima sekeluarga selamat selepas kereta mereka berlanggar dengan sebuah kereta lain lalu terbakar di Kampung Banir Belikong, Selising, dekat sini, kelmarin.

Proton Waja dipandu Ronezan Ismail, 38, dari arah Pasir Puteh ke Kota Bharu, dikatakan terlanggar bahagian belakang Perodua Myvi dari arah sama yang cuba memasuki simpang rumah di kanan jalan.

Perlanggaran menyebabkan Proton Waja terbakar, bagaimanapun Ronezan bersama empat ahli keluarganya yang berasal dari Kemaman, Terengganu sempat keluar dari kenderaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Musofar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 5.19 petang.

Katanya, bomba dengan kekuatan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Abdul Hadi Hassan tiba di lokasi jam 5.31 petang.

Ketika tiba, kereta itu masih terbakar. Kita memastikan tiada mangsa terperangkap dan berjaya memadamkan api tidak lama selepas itu. Operasi tamat jam 5.56 petang. Anggaran kerugian RM12,000, tapi jumlah sebenar masih disiasat, katanya.

Menurut Azhar Elmi, dalam nahas berasingan, Perodua Viva terbalik selepas berlanggar dengan Perodua Kelisa di Simpang Empat Kampung Gong Kulim, dekat sini.

Katanya, bomba menerima panggilan pada jam 12.44 tengah hari kelmarin dan berkejar ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota.

Ketika kami sampai, mangsa telah keluar dari kenderaan. Anggota kita menghantar mangsa dengan jentera EMRS ke Hospital Tengku Anis untuk rawatan.

Operasi ditamatkan jam 1.20 petang, katanya.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…nggar-1.549244

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638290″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply