Semasa

2 sahabat leka layan pokemon go cedera dilanggar

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

SUNGAI PETANI: Dua lelaki cedera dilanggar sebuah kereta ketika masing-masing asyik melayan permainan Pokemon GO awal pagi tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Bakar Arang, di sini, menyebabkan mangsa, Tan Chin Kang, 35, yang bekerja sebagai Pengurus Kilang dan rakannya, Teoh Koon Ee, 30, seorang jurujual, mengalami kecederaan ringan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, berkata ketika kejadian kedua-dua mangsa dikatakan berdiri di hadapan sebuah kedai sambil bermain permainan itu, sebelum tiba-tiba dilanggar sebuah kereta jenis PROTON Wira.

Beliau berkata, akibat kejadian itu Chin Kang mengalami luka pada kaki kiri, manakala Koon Ee pula luka pada muka, kepala, kedua-dua tangan dan kaki. “Kedua-dua mangsa kemudian menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, dan polis sedang mengesan pemandu PROTON Wira terbabit yang melarikan diri selepas kejadian itu,” katanya. Md Zukir berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply