Semasa

Atm wujud sistem data kesan isu tata tertib

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


AYER KEROH: Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama mewujudkan sistem data pengesanan awal bagi menangani pelbagai isu tata tertib membabitkan penjawat awam di peringkat akar umbi

Di bawah sistem baharu itu, satu jawatankuasa penyelaras akan bertanggungjawab mengenal pasti pelbagai masalah dihadapi penjawat awam, termasuk kemerosotan prestasi kerja dan ketidakhadiran kakitangan tanpa mengemukakan cuti

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dengan adanya sistem itu, pihaknya dapat mengesan lebih awal setiap masalah dihadapi kakitangan sama ada tidak serasi di tempat kerja, mempunyai masalah keluarga, kesihatan dan sebagainya

“Sistem ini membolehkan setiap wakil organisasi membantu memberi khidmat nasihat seperti konsep mentor-menti tanpa meminggirkan kakitangan yang mempunyai masalah

“Perlu diingat, setiap kakitangan awam adalah aset kepada negara yang perlu dijaga kepentingan mereka,” katanya

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Tahun 2016 peringkat negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini

Pada majlis itu, seramai 74 penerima mendapat APC, manakala 39 pesara dan bakal pesara turut diiktiraf sepanjang menabur bakti sebagai kakitangan cemerlang

Yang turut hadir, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Mohmed Asri Yusof dan Panglima 10 Briged Para, Briged Jeneral Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638884″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply