Semasa

Bahan kimia tertumpah di sekolah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


PORT DICKSON: Guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad di sini, diarahkan menjauhi makmal sekolah itu apabila 11 daripada 50 botol bahan kimia, termasuk merkuri tertumpah

Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, semua botol terbabit yang dipercayai berusia lebih 43 tahun yang disimpan di dalam sebuah kotak, terjatuh ketika seorang pekerja pembersihan membersihkan stor makmal berkenaan

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Kanan II S Maniam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.24 pagi dan seramai 20 anggota serta pegawai termasuk Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dihantar ke lokasi

“Semua pelajar dan guru diarahkan menjauhkan diri dari kawasan berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tumpahan 11 jenis bahan kimia di dalam stor berkenaan

“Bomba mengambil masa tiga jam bagi membersihkan sisa tumpahan itu menggunakan air dan bahan pembersih khas,” katanya di sini, hari ini

Beliau berkata, pekerja pembersihan terbabit selain pelajar dan guru tidak mengalami sebarang kecederaan atau keracunan akibat kejadian itu


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638882″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply