Semasa

Bangla dibelasah penduduk kerana intai anak dara orang

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


SEORANG warga Bangladesh ditangkap dan dibelasah penduduk kampung kerana dipercayai mengintai anak dara di sebuah rumah di Kampung Mak Chili, Chukai, sambil memegang kemaluannya. – Foto Shamsudin Husin

CHUKAI: Gara-gara mengintai anak dara, seorang warga Bangladesh menerima padah ditangkap dan dibelasah penduduk kampung hingga lembik sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung Mak Chili, Chukai, Rabu lalu, seorang penduduk kampung melihat suspek sedang mengintai anak dara di sebuah rumah sambil memegang kemaluannya.

Penduduk terbabit kemudian memaklumkannya kepada beberapa penduduk lain yang kemudian mengepung suspek, menangkap dan memukulnya.

Sumber berkata, gerak-geri lelaki itu diperhatikan penduduk sejak beberapa hari lalu dan menimbulkan kebimbangan kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Katanya, suspek yang ditangkap penduduk kampung diserahkan kepada polis.

“Lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.


http://www.bharian.com.my/node/182492

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638880″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply