Semasa

Bekalan air berjadual di kluang mulai selasa

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


JOHOR BAHRU: Bekalan air berjadual bagi daerah Kluang yang menerima bekalan air terawat dari loji rawatan air Sembrong Timur dan Sembrong Barat akan bermula 16 Ogos sehingga 15 September ini

Ketua Pegawai Eksekutif SAJ Holdings Sdn Bhd, Abdul Wahab Abdul Hamid, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan pengagihan air secara menyeluruh kepada pengguna, selain merancang sebaiknya penggunaan air mengikut jadual

Katanya, bekalan air berjadual bertujuan memanjangkan tempoh penyimpanan air di empangan dan sungai berkenaan berikutan penyusutan mendadak sejak dua minggu lalu

“Langkah bekalan air berjadual ini dijalankan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dengan turut melaksanakan frekuensi 36 Jam Ada Bekalan Air dan 36 Jam Tiada Bekalan Air

“Penjadualan ini hanya membabitkan kawasan tertentu di Kluang, selain sebahagian Mersing yang masih meneruskan bekalan air berjadual sehingga 15 September depan, manakala kawasan lain di seluruh Johor masih stabil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari

Abdul Wahab berkata, sumber air mentah yang diterima daripada loji rawatan lain di Johor berada pada paras normal dan loji masih boleh beroperasi seperti biasa, walaupun sebahagiannya mengalami sedikit penyusutan

“Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu bimbang sehingga perlu menyimpan air berlebihan kerana ini hanya akan menyebabkan penggunaan yang tinggi, sekali gus menyebabkan permintaan bekalan air berlebihan

“Orang ramai disarankan mengambil pendekatan dengan tidak membazirkan penggunaan air bagi menjamin bekalan air terawat dapat disalurkan secara berterusan tanpa gangguan,” katanya

Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan bekalan air setempat boleh menghubungi SAJ Info Center menerusi Talian Mesra 1-800-88-7474 atau SMS 019-7727474 atau menerusi emel customer.care@saj.com.my yang beroperasi 24 jam


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638883″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply