Semasa

Hati – hatimajalah dabiq dan penthouse adalah 2 majalah yang berbeza

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Peringatan Ayob Khan: Jangan tertipu kandungan Dabiq
Bernama
| August 11, 2016

Katanya, Dabiq ialah majalah digital berbahasa Melayu yang membawa propaganda kumpulan militan IS.


KUALA LUMPUR: Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman hari ini mengulangi nasihatnya kepada orang ramai khususnya golongan remaja supaya tidak mudah terpedaya dengan majalah Dabiq, iaitu antara propaganda kumpulan militan IS.

Ketua penolong pengarah bahagian berkenaan, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata penerbitan majalah digital itu dalam bahasa Melayu menunjukkan militan IS semakin agresif dalam menyebarkan ideologi mereka.

Tinjauan di Internet mendapati majalah itu diterbitkan sebanyak 15 siri dalam bahasa Inggeris, dengan 10 edisi daripadanya diterjemahkan ke bahasa Melayu menggunakan format e-book.

Isi kandungan majalah itu juga dilihat cuba memesongkan akidah umat Islam dengan menanam ideologi militan dan keganasan sekali gus merekrut ahli baru dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara seperti Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.

Selain itu, katanya majalah kumpulan IS itu juga menggunakan medium video, risalah dan usrah yang bertentangan dengan kepercayaan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Ayob Khan berkata majalah itu menggunakan kualiti grafik yang tinggi hampir menyerupai kualiti majalah lain di pasaran.

Daripada segi artikel dan gambarnya, majalah itu dipercayai ditulis orang berpengalaman dengan gambar serta grafik digunakan memang menarik perhatian pembaca dan boleh menyelewengkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya kalau kita tiada asas agama, katanya.


Beliau berkata majalah Dabiq banyak merujuk kepada pandangan ekstrem tokoh ulama kontroversi Turki, Ibnu Taimiyyah yang antara pandangan beliau melabelkan aliran dipegang majoriti umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk di Malaysia sebagai sesat, syirik, murtad dan ahli neraka.

Mereka juga melabelkan amalan umat Islam seperti perayaan Maulid Nabi, berzikir, bertahlil, berselawat, membaca Yasin dan menziarahi kubur sebagai syirik dan murtad serta wajib dibunuh.

Pandangan ekstrem IS ini selari dengan pandangan golongan tertentu di negara ini yang mengelar diri mereka sebagai salaf dan kononnya hanya memegang Al-Quran dan Sunnah tetapi menolak Ijmak atau qias, katanya.

Ijmak ialah kesepakatan pendapat antara ulama berhubung sesuatu masalah dengan berdasarkan Al-Quran, hadis atau qias.

Qias ialah penetapan hukum dibuat dengan membandingkan keadaan sesuatu hal dengan hukum dasar yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis.
Katanya, perkara itu bukan sesuatu yang baru bagi polis kerana hasil soal siasat ke atas suspek IS yang ditangkap dan buku dirampas juga
membuktikan kebanyakan mereka ini merujuk kepada pandangan ekstrem Ibnu Taimiyyah dalam menjustifikasikan setiap tindakan ganas dilakukan.

Ayob Khan berkata dalam menangani perkara itu, pihaknya sentiasa memantau penyebaran terbitan IS dari semasa ke semasa bagi mengelak ia memasuki negara ini.

Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyekat sebarang laman web yang boleh mengancam dan menyebarkan fahaman militan ini, kata Ayob Khan.

Sebelum ini, sebuah akhbar digital IS iaitu Al-Fatihin juga berbahasa Melayu tersebar di pelayar Internet Malaysia, bagaimanapun tindakan pantas diambil SKMM bagi menyekat akhbar tersebut.

FMT

digital

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply