Semasa

Kj jadi pengutip sampah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menunjukan bakat lakonannya dan kali ini, menteri itu memainkan watak sebagai pengutip sampah dalam satu filem pendek

Bakal tampil dengan filem pendek berdurasi 5 minit itu, Khairy melalui laman sosial Facebook miliknya berkata, filem pendek itu adalah bagi meningkatkan kesedaran para belia terhadap pengurusan sisa pepejal, kitar semula dan menjaga alam sekitar

Katanya, dia membawakan watak sebagai Ahmad Khairy dengan menjadi pekerja Alam Flora untuk membawa mesej yang penting kepada para belia

“Respek kepada abang-abang Alam Flora dan pengurusan sisa ini. Bila dah ‘pakai kasut’ mereka barulah kita tahu kerja yang sangat penting ini,” tulisnya

Tinjauan di laman sosial miliknya itu, foto KJ memakai seragam pekerja pembersihan, memengang penyapu di sebelah lori sampah mendapat 679 perkongsian dengan 6200 like sejak dimuatnaik semalam

Sementara itu, memetik The Malay Mail Online, pegawai Khairy meminta orang ramai menunggu video yang akan dikeluarkan nanti

Penggambaran yang dilakukan di Kuala Lumpur tengah hari semalam dibuat untuk persidangan antarabangsa Persatuan Wanita Asia Tenggara dan Pan Pasifik (PPSEAWA)

Persidangan tujuh hari itu, yang bermula 22 Ogos, membincangkan tajuk Hormati Alam Sekitar Demi Masa Depan Aman dan Mapan

Ibu Khairy, Rahmah Abdul Hamid mengetuai PPSEAWA Malaysia


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638897″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply