Semasa

Maut disengat 100 tebuan tanah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


JERTIH – Seorang pemandu traktor pembajak meninggal dunia petang semalam selepas dipercayai disengat lebih 100 tebuan tanah ketika melakukan kerja membajak di Kampung Gong Medang Isnin lalu.

Mangsa, Mohamad Ishak, 61, kritikal dan koma, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.20 petang semalam ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Isteri mangsa, Mariam Ahmad, 54, berkata, suaminya membajak tanah pertanian di kampung tersebut, namun terlanggar sarang tebuan di kawasan itu, kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, suaminya yang merupakan kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gerai tidak sempat melarikan diri menyebabkan dia dihurung tebuan lalu menyengatnya.

Allahyarham sempat telefon anak beritahu dia disengat tebuan, jadi anak lelaki saya bergegas ke tempat kejadian.

Keadaannya ketika itu amat lemah tapi masih sedar kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan, katanya.

Mariam berkata, keadaan suaminya semakin kritikal lalu dirujuk ke HSNZ pada petang Selasa untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, sejak itu suaminya tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital. Seluruh badan termasuk muka Allahyarham bengkak, orang kata tebuan tanah lebih berbisa dari tebuan biasa, katanya.

Katanya, kejadian tersebut berlaku pada hari pertama suaminya bertugas mengendalikan traktor selepas sebulan tidak memandu jentera tersebut disebabkan traktor itu mengalami kerosakan.

Tambahnya, dia sekeluarga masih terkejut dengan berita itu memandangkan suaminya keluar bekerja dalam keadaan sihat apatah lagi berpengalaman lama memandu traktor.

Jenazah dibawa pulang ke Kampung Lapan Kotak dan dikebumikan di tanah perkuburan kampung itu selepas Isyak, semalam.

Mohamad meninggalkan seorang balu dan 11 anak berusia 11 hingga 38 tahun.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…tanah-1.551340

Sumber: Official News, Current Issuessekam padihttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638901″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply