Semasa

Oktober setiap tahun diisytihar bulan kesiapsiagaan kebangsaan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


PUTRAJAYA: Oktober setiap tahun diisytihar Bulan Kesiapsiagaan Kebangsaan bagi menentukan simulasi pengurangan risiko bencana dapat dilakukan dengan menggembleng tenaga semua pihak, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pendekatan membabitkan semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Pusat, negeri serta daerah itu akan membolehkan pengeluarkan amaran awal banjir, sekali gus mengelakkan risiko lebih buruk berikutan wujudnya Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRAB)

“Sebelum ini, penanda aras pemakluman banjir atau bencana ialah dalam tempoh 24 jam dan ini menyukarkan pemindahan serta pengurusan. Di bawah PRAB, ramalan banjir dikeluarkan tujuh hari lebih awal manakala amaran banjir dalam tempoh dua hari lebih awal berbanding enam jam sebelum ini

“Projek ini dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa dan harta benda selain mengurangkan kerosakan pada struktur kemudahan awam. Jabatan Meteorologi bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan keluarkan ramalan serta amaran banjir ini

“Sekarang, kita perlu tingkatkan kesedaran umum untuk mematuhi amaran awal ini bagi memboleh kerja membantu dan menyelamat yang lebih terselaras,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Bencana Pusat (JKTPBP), di sini hari ini

Pada majlis sama, Timbalan Perdana Menteri turut menerima plak pengiktirafan secara rasmi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) oleh Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG)

Tambah Ahmad Zahid, pelaksanaan PRAB itu bertepatan dengan Resolusi Pengurangan Risiko Bencana Sendai di Jepun yang diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

Jelas beliau, Kerajaan Persekutuan diminta mengadakan pelan mitigasi banjir secara jagka panjang, menumpukan dalam fasal awal kepada tiga negeri Pantai Timur yang kerap banjir dan menyebabkan kerugian begitu besar dalam tempoh pendek, sederhana dan panjang

“Kita lihat Pahang, Terengganu dan Kelantan adalah tiga negeri yang apabila berlaku La Nina, keadaan di tiga negeri ini risikonya tinggi kerana paras air laut dan sungai tinggi, menyebabkan banjir teruk kerana air tidak dapat dilepaskan ke laut

“Kos pelan mitigasi banjir (yang dipohon Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar) terlalu besar, dianggarkan RM36 bilion tetapi ia mesti dirancang sekarang bagi membolehkan kita lihat hasil pengurangan risiko banjir ini dalam tempoh 20 tahun akan datang dan kos ini dapat ditampung melalui kekurangan risiko

“Kita ada perancangan membina kawasan tadahan banjir, pintu penahanan air dan kita lakukan satu usaha untuk bina tembok bagi menahan atau tebatan banjir,” katanya

Tambah Ahmad Zahid, program pemindahan mangsa dan pengurangan risiko banjir kali ini akan lebih terselaras di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta semua kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan berkaitan

Katanya, ramalan Jabatan Meteorologi tahun ini menjangkakan hujan tetap berlaku tapi tidak dapat ramal taburan hujan di tiga negeri Pantai Timur yang kerap banjir tetapi La Nina kali ini diramal tidak sehebat 2014

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/182530


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638888″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply