Semasa

Ramai pekerja tidak memanfaatkan baucar hsp perkeso

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


KUANTAN: Ramai pekerja luar bandar dan pedalaman di negeri ini yang layak menggunakan baucar Program Pemeriksaan Kesihatan (HSP) Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO) tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan berkenaan

Pengarah PERKESO negeri, Zainal Ismail berkata, sebanyak 64,813 baucar HSP diedarkan kepada majikan di seluruh negeri ini sejak ia dilancarkan pada tahun 2013 namun hanya 10,212 baucar digunakan sehingga kini

Katanya, penggunaan baucar berkenaan di bandar besar seperti Kuantan mencapai tahap 80 peratus namun di kawasan luar bandar seperti kawasan pedalaman serta penempatan FELDA hanya sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja

“Jarak jauh dan ketiadaan pengangkutan mungkin antara faktor menyebabkan pekerja di luar bandar serta kawasan pedalaman tidak menggunakan kemudahan berkenaan bagi memeriksa kesihatan mereka di klinik dan hospital swasta terpilih

“Antara pemeriksaan kesihatan ditawarkan berkenaan adalah mamogram dan pap smear bagi wanita, ia hanya boleh dilakukan di hospital panel mempunyai peralatan khas bagi tujuan berkenaan yang kebanyakannya terletak di bandar besar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini

Mengulas lanjut, Zainal berkata, pada masa ini sebanyak 123 klinik dan hospital panel berdaftar untuk HSP dan pihaknya bercadang memperluaskannya pada masa depan bagi memudahkan pekerja membuat pemeriksaan saringan kesihatan

Mengenai kelewatan pengagihan baucar berkenaan, beliau berkata, kes itu kebanyakan berlaku membabitkan majikan yang mempunyai banyak cawangan namun tiada tindakan diambil terhadap syarikat kerana ia di luar kawalan PERKESO

“Ada juga baucar dipulangkan semula majikan kerana ada pekerja mereka sudah berhenti kerja atau meninggal dunia namun jumlahnya tidak besar,” katanya


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638863″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply