Semasa

Dua tukang masak dan seorang penuntut didakwa kerana sokong daesh.

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.sinarharian.com.my/se … kong-daesh-1.551582
SITI AZIELAH WAHI
12 OGOS 2016





Tweet


PETALING JAYA – Dua tukang masak dan seorang penuntut berusia 20 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tujuh pertuduhan, termasuk mencari sokongan untuk kumpulan pengganas Daesh dan menyokong penggunaan bahan letupan melalui aplikasi Telegram, antara Mac sehingga Julai lalu.

Tiada pengakuan diambil daripada ketiga-tiga tertuduh, Rosmizam Che Din, 28, Fathurrahman Masaud, 23 dan penuntut berkenaan, Hasrianto Matan di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir.

Mengikut pertuduhan pertama dihadapi Rosmizam, dia didakwa mencari sokongan untuk kumpulan Daesh melalui Telegram di Jalan USJ6/3B Subang Jaya pada 25 Mac hingga 29 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memberikan sokongan kepada kumpulan pengganas membabitkan bahan letupan dengan niat untuk melanjutkan ideologi untuk mengugut orang awam di negara ini melalui Telegram antara 25 Mac hingga 29 Jun lalu di alamat No 73 Jalan USJ 6/3B, Subang Jaya.

Sementara itu pertuduhan pertama dan kedua yang dihadapi Fathurrahman, iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dan mengendalikan harta pengganas bernama Muhammad Wanndy Mohamed Jedi dengan cara memberikan perkhidmatan kewangan iaitu membenarkan kemasukan dan pemindahan wang bagi manfaat kumpulan itu.

Mengikut pertuduhan ketiga pula, dia didakwa mencari sokongan untuk kumpulan pengganas Daesh dan kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan awal Jun hingga Julai 2016 di Jalan USJ 6/3B dan Jalan USJ10/1B, Taipan Business Centre, Subang Jaya.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Hasrianto didakwa mengendalikan harta pengganas, iaitu membenarkan kemasukan wang ke dalam akaun atas nama Bukhori Che Noor bagi manfaat kumpulan Daesh serta memberi sokongan kemasukan wang ke dalam akaun atas nama individu sama bagi manfaat kumpulan pengganas melalui Telegram.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 4 April dan 5 Jun lalu masing-masing pada jam 5.46 petang, 9.15 malam dan 10.32 pagi di Maybank Cawangan USJ Subang, di sini.

Semua kes terbabit didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan, Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 130Q(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan permohonan izin memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply