Semasa

Insurans sebelum kahwin mungkin diperkenal untuk jamin nafkah selepas cerai

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Menurut Jamil semakin ramai golongan bapa yang dipenjarakan akibat ingkar perintah pembayaran nafkah.

KUALA TERENGGANU: Malaysia mungkin akan perkenalkan perkhidmatan insurans sebelum berkahwin atau Ta’mim bagi menjamin nafkah isteri dan anak-anak apabila berlaku penceraian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan, inisiatif itu dilihat mampu menjadi alternatif membantu mengatasi masalah kecuaian pembayaran nafkah yang kini menjadi isu global.

Langkah berkenaan katanya, mampu menambahbaik urusan memantau, mengendalikan kes dan menghulurkan bantuan kepada ibubapa dan anak-anak yang diabaikan bayaran nafkah mereka.

“Di Mesir ada satu insurans yang dinamakan dengan Tamim dimana ini sebagai jaminan untuk nafkah anak dan isteri sebelum perkahwinan tu lagi.

“Insurans itu telah diperkenalkan. Yang ini kita belum ada lagi di Malaysia mungkin akan ada nanti kita boleh perkenalkan dengan kolaborasi dengan syarikat insurans di luar yang mungkin memperkenalkan, kata Jamil ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Anak Bahagian Sokongan Keluarga (BSK), Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 2016, di sini hari ini.

Tambahnya, semakin ramai golongan bapa yang dipenjarakan akibat ingkar perintah pembayaran nafkah.

Sehubungan itu, Mahkamah Syariah seluruh negara diarahkan supaya menyelesaikan kes-kes tertunggak khususnya berkaitan pembubaran perkahwinan pada 2014 dan 2015 sebelum 31 Disember tahun ini berlandaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan.

http://www.astroawani.com/berita-mal…ercerai-113913

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638947″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply