Semasa

Lelaki mati dilanggar di india, 400 kenderaan lalu lalang buat tidak tahu

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.youtube.com/watch?v=15rAlMzqUhI



MATIBOOL terlantar di jalan selama setengah jam sebelum mayatnya dibawa ke hospital oleh polis. AGENSI

NEW DELHI 12 Ogos Seorang lelaki maut selepas dilanggar lari sebuah kenderaan di bandar raya ini, namun paling menyedihkan tiada siapa mempedulikan mayatnya yang terlantar di jalan raya selama setengah jam.

Detik itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selepas berlaku kelmarin, menunjukkan lebih 400 kenderaan, 45 orang yang lalu-lalang di kawasan kejadian langsung tidak menghiraukan mangsa yang bernama Matibool, 36.

Mail Online melaporkan, mangsa maut selepas dilanggar oleh sebuah trak kecil ketika melintas jalan.

Pemandu trak itu menghentikan kenderaannya, namun meneruskan perjalanan selepas keluar untuk melihat keadaan traknya dan bukan mangsa yang dilanggar.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki dilihat menghampiri mayat Matibool, namun dia bertindak mencuri telefon bimbit mangsa.

Sepanjang tempoh setengah jam itu, sebanyak 140 buah kereta, 82 kenderaan beroda tiga, 181 penunggang basikal dan 45 pejalan kaki melalui jalan tersebut tanpa berhenti untuk memerhatikan keadaan Matibool.

Mangsa hanya dikejarkan ke hospital oleh polis selepas setengah jam terlantar di jalan, namun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.

Seorang pegawai polis berkata, dia menjumpai beberapa dokumen di dalam poket seluar mangsa sebelum menghubungi rakan sekerjanya yang memaklumkan bahawa Matibool bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Katanya, ketika kejadian, Matibool baru selesai menjalankan tugas dan mahu pulang ke rumah.

Pasukan khas telah ditubuhkan untuk mengesan pembunuh tersebut dan lelaki yang mencuri telefon bimbit mangsa, kata pegawai polis itu.

Tambahnya, Matibool mungkin tidak dihiraukan oleh orang ramai kerana menyangka dia tertidur di tepi jalan akibat mabuk.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar….Gr78qRmn.dpuf

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638908″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply