Semasa

Paku tembus ke otak lepas garu kepala guna pistol paku

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang



VISHWAKARMA dan paku yang dikeluarkan dari otak lelaki itu. – Caters

Mumbai: Seorang lelaki hampir maut apabila otaknya ditembusi paku sepanjang 7.6 sentimeter selepas dia menggaru kepalanya dengan pistol paku.

Lebih mengejutkan lagi lelaki berkenaan, Nitin Vishwakarma, 30, tidak menyedari paku itu menembusi tengkorak dan terlekat di otaknya selama beberapa hari.

Vishwakarma berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang bekerja di sebuah apartmen di Mumbai baru-baru ini.

Katanya, dia memegang pistol paku dan secara spontan menggaru kepalanya yang gatal menggunakan alat berkenaan lalu secara tidak sengaja menembak kepalanya sendiri.

Pada mulanya saya sangka pistol itu tidak mengeluarkan paku kerana saya tidak merasa sakit dan tiada darah di kepala.

Vishwakarma kemudian dikejarkan ke hospital dimana pembedahan segera dilakukan untuk mengeluarkan paku berkenaan.

“Pesakit benasib baik kerana paku berkenaan tidak mengenai salur darah penting” kata Dr Pramod Kubade.

Vishwakarma dijangka keluar dari wad pada Khamis.

http://www.hmetro.com.my/node/158745

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638913″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply