Semasa

Pdrm lancar operasi banteras anggota polis terlibat dadah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

KUALA LUMPUR – Polis melancarkan operasi seluruh negara membanteras kakitangan yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

The Star Online hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 11 orang polis, termasuk tiga pegawai kanan, ditahan dalam dua operasi besar-besaran di Johor kerana disyaki menyalahgunakan dadah, setakat ini.

Tangkapan disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan beliau memberi amaran kepada semua kakitangan polis.

Kita tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang salahguna dadah dalam kalangan kakitangan polis, tegas beliau, menurut The Star Online.

Menurut laporan itu, sekumpulan pasukan khas Bukit Aman menyerbu sebuah kelab malam di Iskandar Puteri dan menahan lebih 50 orang termasuk tujuh orang polis Sabtu lepas.

Serbuan kedua pada Ahad menyaksikan polis menyerbu kuarters polis dan menahan lima orang polis di Kluang.

Kesemua yang ditahan, menurut The Star Online, kini berdepan tindakan displin.

Menurut portal itu lagi, lebih 38 pegawai kanan dan 301 kakitangan seluruh negara disiasat atas kesalahan berkaitan dadah, jenayah, rasuah dan salah laku.

Media itu turut melaporkan lebih 257 kakitangan polis disabit kesalahan sejak 2013.

http://www.freemalaysiatoday.com/cat…erbabit-dadah/

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638914″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply