Semasa

Ajal ketika solat jenazah

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Ajal ketika solat jenazah

WARGA emas yang meninggal dunia ketika menunaikan solat jenazah. FOTO ihsan pembaca

prev
next

Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

Tasek Gelugor: Bekas imam Masjid Jamek Permatang Binjai tidak sempat menghabiskan solat jenazah seorang pemuda apabila dia rebah pada takbir keempat sebelum disahkan meninggal dunia, jam 10 pagi tadi.
Ahmad Bidin, 78, yang juga Ahli Jawatankuasa majis berkenaan sebelum itu menguruskan jenazah seorang pemuda berusia 23 tahun yang meninggal dunia selepas koma selama tiga bulan akibat kemalangan jalan raya.

Ketika takbir pertama solat jenazah ke atas pemuda berkenaan jam 10 pagi, warga emas terbabit hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah lain yang menasihatkannya agar berehat.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Permatang Binjai, Ahmad Fuad Saad berkata, ketika hendak mengangkat takbir pertama, arwah hampir rebah tetapi sempat dipegang jemaah di belakang.

“Saya nasihatkannya agar berehat kerana beranggapan dia kurang sihat, namun arwah tetap meneruskan solat jenazah,” katanya di sini.
Bagaimanapun, Ahmad Fuad yang juga Timbalan Pengerusi masjid berkata, ketika hendak mengangkat takbir keempat, arwah rebah sekali lagi sebelum tidak sedarkan diri.
“Saya yang berada di sebelahnya tidak sempat memberi salam dan cuba membantunya yang ketika itu kelihatan sukar bernafas sebelum dibantu jemaah lain.
“Bagaimanapun, arwah menghembuskan nafas terakhir tidak lama kemudian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Ogos 2016 @ 2:43 PM

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply