Semasa

Beban tugas cikgu dijamin akan berkurang tahun depan – menteri pendidikan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ditemuramah wartawan pada majlis perasmian mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Machap Umboo, Alor Gajah, petang tadi. – Foto Khairunisah Lokman

ALOR GAJAH: Kementerian Pendidikan memberi jaminan beban tugas guru di negara ini akan berkurangan susulan usaha kerajaan mencari jalan penyelesaian terbaik berkaitan isu itu menjelang Januari tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata ini kerana sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan di peringkat kementerian sedang mengkaji masalah yang ditanggung guru pada masa ini dan keputusan mengenainya dijangka diperoleh pada Oktober ini.

Beliau berkata, jawatankuasa yang diterajui Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, itu juga sedang mencari penanda aras yang boleh diguna pakai.

“Beban tugas guru antara kebajikan yang perlu diberi perhatian, mana tugas hakiki (mengajar) dan beban tugas yang mungkin kadangkala mengganggu perasaan guru.

“Kita akan lihat semula mana satu yang perlu dikekalkan di peringkat sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan negeri (JPN) atau di kementerian. Semua ini diambil perhatian serius, termasuk tugas pengisian data dalam talian yang sedang dilaksanakan guru pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah di Machap Umboo, di sini, petang tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Wira Abdul Ghaafar Atan.

Mahdzir yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, selain bebanan tugas berlebihan, kementerian itu turut mengambil berat mengenai guru berduka lara.

“Sehingga kini, sebanyak 28,000 permohonan diperoleh pihak kementerian, bagaimanapun seramai 4,267 guru berduka lara berjaya disatukan dengan pasangan masing-masing sejak awal tahun hingga Jun lalu.

“Usaha mendekatkan suami dan isteri akan diteruskan menggunakan formula terbaik dengan memberi keutamaan kepada pasangan yang lama terpisah,” katanya.

http://www.bharian.com.my/node/182847

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638952″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply