Semasa

Rio 2016: beregu lelaki negara lakukan kejutan,tewaskan beregu china

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

oleh Adib Za

Beregu lelaki negara, Goh V Shem – Tan Wee Kiong melakar kejutan apabila mengalahkan pasangan pilihan dari China, Fu Haifeng – Zhang Nan di Pavilion 4 Riocentro dalam temasya Olimpik Rio 2016 kali ini.

Meskipun mereka merupakan pasangan beregu yang hanya menduduki kedudukan 12 dunia, namun mampu menewaskan pilihan keempat itu dengan 15-21, 21-15, 21-18.

Ini sekaligus meletakkan mereka sebagai juara kumpulan B dan diletakkan pilihan dalam undian di suku akhir.

Dalam pada itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon – Goh Liu Yang gagal menewaskan pasangan dari Indonesia, Tontowi Ahmad – Liliyana Natsir.

Ini selepas pasangan beregu tersebut kalah kepada beregu Indonesia, 15-21, 11-21 dalam masa 36 minit. Namun, mereka masih berada di tangga kedua kumpulan C dan layak ke pusingan suku akhir. – CARI

Sumber: BH, Bernama

Foto: Mstar Online

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply