Semasa

Tewas di bako

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Buaya sepanjang 14 kaki tewas di Bako
Bernama
| August 14, 2016

Sebanyak 19 lokasi termasuk perairan di Taman Negara Bako diisytiharkan Zon Bunuh Buaya kerana kehadiran bujang senang di situ akan menimbulkan konflik serius manusia dan buaya.


KUCHING: Seekor buaya dewasa berukuran 14 kaki panjang ditumpaskan di perairan Teluk Paku di Taman Negara Bako, kira-kira 40 km dari sini awal pagi semalam.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan berkata buaya itu dibunuh dalam operasi yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC selepas buaya itu dilihat berada di perairan di Teluk Paku oleh Renjer Taman baru-baru ini.


Pasukan SWAT di Taman Negara Bako dimaklumkan untuk memburu buaya itu. Buaya jantan akhirnya terjerat dan dengan segera dibunuh, menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata 19 lokasi termasuk perairan di Taman Negara Bako diisytiharkan sebagai Zon Bunuh Buaya (CRZ) kerana kehadiran buaya di kawasan ini akan menimbulkan konflik serius antara manusia dan buaya.

CRZ kebanyakannya ialah kawasan yang padat penduduk, kawasan riadah, seperti resort, tebing sungai, tepian sungai, sekolah, klinik dan kehadiran buaya di situ tidak akan dibiarkan.

Untuk keselamatan orang ramai, buaya yang ditemui di Zon Bunuh Buaya akan dibunuh, kata kenyataan itu.

FMT

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply