Semasa

6 maut pesawat terhempas di alabama

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


TUSCALOOSA: Enam terbunuh apabila pesawat kecil dalam penerbangan dari Florida ke Oxford, Mississippi, yang mengalami masalah enjin terhempas ketika cuba mendarat di Alabama

Juruterbang memberikan isyarat kecemasan kira-kira jam 11.10 pagi waktu tempatan semalam, dan pesawat berkenaan terhempas beberapa minit kemudian di landasan Lapangan Terbang Tuscaloosa, kata Datuk Bandar Northport, Bobby Herndon, ketika sidang akhbar bersama dengan Datuk Bandar Tuscaloosa, Walt Maddox

Pasukan bomba tiba di lokasi dalam masa tiga minit tetapi tidak dapat menyelamat semua enam mangsa dalam pesawat itu

“Mereka melakukan apa yang terdaya,” kata Herndon

Kenyataan dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan berkata, pesawat Piper PA-31 berlepas dari Lapangan Terbang Kissimmee Gateway dan terhempas di atas pokok ketika mendekati lapangan terbang Tuscaloosa

Jurucakap polis Tuscaloosa, Leftenan Teen Richardson, berkata destinasi akhir pesawat berkenaan adalah Oxford tetapi ia mengalami masalah enjin

Tidak dapat dipastikan sama ada Tuscaloosa menjadi persinggahan yang dirancang sebelum masalah enjin berlaku, katanya

Nama mangsa tidak disiarkan tetapi laporan WLBT-TV menyatakan peguam dari Memphis, Steve Farese dan anak saudaranya, Dr Jason Farese dan isterinya, Dr Lea Farese, berada dalam kapal terbang berkenaan


Sumber: Official News, Current IssuesTXThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639034″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply