Semasa

Buaya sepanjang 4.3 meter ditangkap

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

KUCHING Seekor buaya jantan yang dikatakan menghantui pe*ngunjung di Taman Negara Bako sejak kebelakangan ini berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT), Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sini semalam.

Buaya jantan sepanjang 4.3 meter itu ditangkap di perairan Teluk Paku, Taman Negara Bako yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sini.

SFC dalam satu kenyataan membe*ritahu, usaha memburu buaya jantan terbabit dilakukan oleh SWAT selepas menerima aduan daripada renjer taman negara berkenaan baru-baru ini.

Berikutan penemuan buaya di perairan Teluk Paku oleh renjer taman baru-baru ini, pasukan sokongan SWAT SFC telah menjalankan usaha menjejaki reptilia tersebut.

Pada pagi ini (semalam), buaya jantan sepanjang 4.3 meter itu akhirnya ditemukan tersangkut pada umpan ayam yang dipasang oleh pasukan SWAT, kata ke*nyataan itu di sini semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Taman Negara Bako merupakan antara 19 lokasi di negeri ini yang diisytiharkan sebagai Zon Penyingkiran Buaya (CRZ) kerana kehadiran reptilia itu di kawasan ini akan menimbulkan konflik yang serius dengan manusia.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_09.htm

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638968″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply