Semasa

Curi kenderaan mewah jutaan ringgit, 4 orang ditangkap

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Georgetown: Polis Pulau Pinang tumpaskan sindiket curi kenderaan mewah membabitkan kerugian jutaan ringgit dengan tertangkapnya empat lelaki pada 5 dan 13 Ogos lalu.

Suspek ditahan di Kuantan, Pahang dan Bukit Tengah, Bukit Mertajam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, penahanan keempat-empat lelaki berusia 28 hingga 31 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Task Force dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPDSPT).

Katanya, susulan itu pihaknya melakukan serbuan di bengkel di Bukit Tengah dan merampas pelbagai kenderaan mewah termasuk Porsche Cayenne.

Beliau berkata, dalam pemeriksaan itu juga polis turut menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dan turut menemui beberapa lagi kereta mewah pelbagai model termasuk BMW, Mercedes Benz, Mini Cooper, Audi dan Volkswagen.

Katanya, hasil soal siasat yang dilakukan ke atas tiga suspek itu polis berjaya menahan seorang lagi lelaki berusia 31 tahun di Kuantan, Pahang dan berjaya merampas tiga kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire yang dilaporkan dicuri di tiga negeri termasuk Pulau Pinang.

“Penangkapan keempat-empat suspek itu berjaya menyelesaikan satu sindiket curi kenderaan mewah dan kejayaan ini juga turut berjaya membantu IPK Selangor dan Pahang serta Pulau Pinang dalam menyelesaikan beberapa kes dan pihaknya kini masih memburu beberapa lagi suspek yang masih bebas,” katanya pada sidang media di IPK negeri di sini pagi tadi. :Harian Metro

Sumber: Official News, Current Issuesforen6http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639065″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply