Semasa

Laman web cheongster ajak bertukar-tukar pasangan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


Seorang lelaki sedang melayari laman web Cheongster yang menawarkan pelbagai khidmat seks sejak dua tahun lalu.

SHAH ALAM Kegiatan persundalan di negara ini bukan sahaja semakin licik bahkan sangat menjijikkan apabila sebuah laman sosial diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dikenali sebagai Cheongster yang membolehkan ahli-ahlinya bertukar-tukar pasangan seks.

Siasatan wartawan Kosmo! yang menyamar sebagai ahli laman sosial itu mendapati selain menawarkan khidmat seks oleh gadis-gadis tempatan dan luar negara, peserta komuniti Cheongster juga semakin sakit otak apabila menggalakkan ahlinya berkongsi pasangan seks sama ada teman wanita, tunang atau isteri.

Bagi mendorong lebih ramai ahlinya mengamalkan perkongsian pasangan seks, Cheongster menawarkan satu ruangan khusus iaitu Exchange.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, lebih 200 posting mengenai pertukaran pasangan telah dimuat naik menerusi ruangan tersebut.

Siasatan selama hampir dua minggu itu mendapati, Cheongster yang sudah beroperasi sekitar dua tahun mempunyai lebih 500 orang ahli komuniti terdiri daripada lelaki hidung belang, wanita muda, ibu tunggal, wanita asing dan bapa ayam.

Malah, lebih mengejutkan, terdapat juga ruangan khas untuk golongan wanita terdiri daripada remaja dan penuntut institusi pengajian tinggi bagi mempromosikan perkhidmatan seks.

Uniknya, cara komunikasi ahli dalam laman sosial tersebut menggunakan kod rahsia khas berkaitan makanan bagi mewakili kaum tertentu seperti nasi lemak untuk wanita Melayu, bakso (Indonesia), capati (India), char kuetiau (Cina) dan tom yam (Thailand).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4HLnRsyXG

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639023″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply