Semasa

Lambakan madu palsu, sintetik

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Wartawan Kosmo! ketika singgah di sebuah gerai tepi jalan di Simpang Pulai, Ipoh untuk membeli madu yang dijual Orang Asli baru-baru ini.

KUALA LUMPUR Madu merupakan penawar segala penyakit tetapi perca*yakah anda kira-kira 80 peratus madu yang dijual di negara ini merupakan madu palsu yang boleh mengundang 1,001 macam penyakit jika diambil secara berpanjangan.

Perkara itu terbukti apabila 14 daripada 15 sampel madu yang dibeli wartawan Kosmo! di beberapa lokasi popular menjual madu di negara ini didapati tidak tulen.

Perkara itu terbongkar selepas jumlah sampel itu dihantar untuk dianalisis sebuah makmal swasta di ibu negara baru-baru ini.

Melalui analisis makmal, ke*semua 15 sampel madu itu me*ngandungi hydroxymethyl fulfural (HMF) terlalu tinggi iaitu mencecah 3,000mg bagi setiap kilogram madu manakala aktiviti enzim kesemua madu ber*kenaan kurang daripada lapan gothe.

Berdasarkan standard antarabangsa, kadar HMF dalam madu asli perlu kurang daripada 80mg bagi setiap satu kilogram madu manakala nilai aktiviti enzim pula perlu lebih daripada lapan gothe.

Kesemua sampel madu palsu itu dibeli oleh wartawan Kosmo! di Simpang Pulai dan Tapah di Perak; Cameron Highlands di Pahang dan Chow Kit di ibu negara. Harga madu yang dibeli wartawan Kosmo! pula sekitar RM10 hingga RM30 sebotol.

Seorang penyelidik madu Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Wan Iryani Wan Ismail berkata, kadar HMF yang tinggi dalam sampel madu tersebut berlaku ekoran cecair itu melalui proses pemanasan melebihi suhu 100 darjah Celsius untuk jangka masa panjang.

SUMBER:http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…a&pg=ne_02.htm

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639019″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply