Semasa

Lelaki china tersangkut pada cermin hadapan bas

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

http://www.youtube.com/watch?v=xJRb_emUA6Q


SEORANG penduduk menggunakan penyodok bagi membantu melepaskan mangsa yang tersangkut.

Suihua (China): Seorang lelaki di bandar ini tersangkut di cermin hadapan sebuah bas selepas dia dengan sengaja merempuh cermin berkenaan.

Kejadian pada Khamis lalu itu berlaku apabila lelaki yang tidak dikenali itu menaiki sebuah bas dari daerah Wangkui menuju ke Suihua di utara China.

Apabila sampai di Suihua, lelaki berkenaan tiba-tiba merempuh cermin hadapan bas itu hingga pecah.

Seorang penumpang berkata, lelaki itu merempuh cermin hadapan bas berkenaan sebanyak dua kali dan pada cubaan kedua cermin itu pecah.

Bagaimanapun, hanya bahagian kepala dan tangan kanan lelaki itu terjulur keluar dari cermin manakala badannya tersangkut di dalam bas.

Satu rakaman video menunjukkan beberapa penduduk berusaha membantu melepaskan lelaki berkenaan yang tersangkut cermin bas itu.

Beberapa penduduk dilihat menggunakan tukul dan penyodok untuk memecahkan cermin bas itu bagi melepaskan mangsa.

Selepas berusaha selama beberapa minit akhirnya lelaki itu berjaya diselamatkan.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

Katanya, polis sedang menyiasat punca lelaki itu merempuh cermin hadapan bas berkenaan. – Agensi

http://www.hmetro.com.my/node/158896

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639022″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply