Semasa

Lelaki sedang tunggu isteri lahirkan anak dibedah kerana disangka pesakit buasir

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: HMetro Oleh: Aimi Nordin

Kesilapan boleh berlaku di mana-mana hatta melibatkan golongan professional sekalipun.

Di Sehangyang, China seorang lelaki yang sedang menunggu isterinya untuk melahirkan anak disangka seorang pesakit buasir. Dia yang menyangka dibawa doktor ke bilik bedah untuk melihat isterinya. Bagaimanapun, sampai sahaja di bilik bedah dia diberi ubat pelali dan dibedah untuk membuang buasir.

Wang, 29 tahun hanay mengikut doktor berkenaan tanpa sebarang persoalan. Setelah melihat isterinya tiada di bilik bedah, Wang disuruh baring dan dibuka seluar.

Saya berasa pelik dan bertanya kepada doktor mengapa saya perlu membuka seluar dan berbaring di atas katil pembedahan.

Namun, seorang doktor berkata, Ikut sahaja apa yang kami arahkan.

Katanya, tidak lama selepas itu doktor memasukkan ubat bius menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Apabila saya bangun, doktor memberitahu saya baru sahaja menjalani pembedahan membuang buasir.

Saya sangat terkejut kerana saya tiada buasir, jelasnya.

Setelah menyedari kesilapan yang dilakukan pihak doktor, hospital itu dilaporkan menawarkan wang tunai 5,000 yuan (RM3,028) kepada Wang sebagai pampasan.

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply