Semasa

Perancis larang burkini

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pakaian sut renang penuh atau burkini kini diharamkan pemakaiannya di kawasan pantai French Riviera. – Agensi

CANNES, Perancis Datuk Bandar Cannes, David Lisnard mengharamkan pemakaian sut renang penuh atau burkini di pantai French Riviera kerana dianggap melanggar adat baik dan sekularisme, demikian menurut portal Le Figaro.

Sekularisme atau la Laitadalah salah satu prinsip penubuhan Republik Perancis.

Pakaian Islamik menjadi kontroversi di Perancis dan pada 2010, pemakaian purdah di tempat awam adalah dilarang.

Pakaian pantai ini mempamerkan agama, apabila Perancis dan tempat-tempat beribadat menjadi sasaran serangan pengganas, boleh mewujudkan risiko gangguan ketenteraman awam (orang ramai, pergaduhan dan sebagainya) yang mana ia perlu dicegah, lapor portal ber*kenaan.

Ketua Perkhidmatan Perbandaran di bandar itu, Thierry Migoule pula menambah:

Kami bukannya bercakap tentang mengharamkan penggunaan simbol keagamaan di kawasan pantai tetapi pakaian ini merujuk kepada kesetiaan pergerakan pengganas yang sedang berperang dengan kami.

Migoule berkata, burkini tidak kelihatan di Cannes sejak keputusan itu ditandatangani oleh Lisnard yang merupakan ahli Parti Les Rublicains pada 28 Julai lalu.

Pada awal minggu ini, sebuah taman tema air di Marseille membatalkan rancangan untuk menjadi tuan rumah bagi acara peribadi wanita Islam memakai burkini selepas menerima bantahan politik. Agensi

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=638969″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply