Semasa

Perang harga di kalangan firma insurans?

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

KUALA LUMPUR – Perang harga dan persaingan di antara syarikat insurans dijangka berlaku berikutan liberalisasi tarif motor dan kebakaran mulai 1 Julai 2017.

Harga untuk produk itu akan diliberalisasi dan ‘mereka yang diberi lesen’ akan dapat menentukan premium atau kadar sumbangan takaful untuk mereka.

Rakan kongsi Actuarial Partners Consulting Sdn Bhd, Nurul Syuhada Nurazmi berkata, syarikat yang bermodal tinggi akan mampu mengharungi perang harga itu kerana mereka mempunyai penampan dan keuntungan yang cukup bagi menampung deposit mereka.

“Sesetengah syarikat insurans sudah mula bersiap sedia untuk menguasai pasaran,” katanya dengan menambah yang lain mungkin dengan sengaja menurunkan kadar bagi meningkatkan penguasaan pasaran walaupun menyedari kadar berkenaan sudah pun rendah dan tidak menguntungkan.

“Jika anda mempunyai perniagaan yang menguntungkan, anda boleh menurunkan kadar lagi sehingga ia mencapai titik pulang modal.

“Sesetengah syarikat yang tidak mempunyai wang yang cukup, akan menjual perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan mengenai ‘Landskap masa depan industri insurans am’ pada seminar sehari di sini, hari ini.

Seminar mengenai ‘Liberalisasi Tarif: Berjaya Dalam Persekitaran Kompetitif’, dianjur secara bersama oleh Institut Insurans Malaysia (IIM) dan Actuarial Partners.

Nurul berkata, terpulang kepada penyedia insurans sepenuhnya untuk meletakkan harga produk mereka pada kadar difikirkan patut bagi menarik pelanggan.

Menurutnya, liberalisasi itu akan menggalak peningkatan jumlah produk insurans serta pelanggan baharu di samping mewujudkan persaingan.

“Terlalu banyak saingan akan memusnahkan pasaran seperti apa yang berlaku di India dan China apabila liberalisasi bermula, ia gagal,” kata Nurul.

Bagaimanapun, kesan keseluruhan kepada industri insurans masih terlalu awal untuk ditentukan pada peringkat ini, kata beliau.

Mulai 2019, kemajuan dan kesan liberalisasi berperingkat-peringkat itu akan dinilai untuk menentukan kesediaan pengguna dan industri untuk liberalisasi seterusnya, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata, tidak lama lagi premium insurans motor akan berdasarkan senarai faktor risiko, bukan lagi dasar penetapan harga yang terlalu mudah dan dikawal selia seperti sekarang ini.

“Ini akan menawarkan platform awal untuk syarikat insurans meningkatkan tawaran dan dasar penetapan harga mereka,” katanya.

Syed Moheeb berkata, industri insurans dijangka menyaksikan pertumbuhan sederhana tahun ini berikutan kemerosotan permintaan dalam industri kereta. – Bernama

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639071″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply